Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Boleh Berhenti Kah Tun M?

$
0
0
1. Nampaknya mantan Perdana Menteri terus mengulang-ulang cerita lama, sambil diselingi cerita baru.

2. Tulisan terbaru mantan PM itu, pada kali ini memasukkan, kononnya DS Najib melantik warga British menjadi penasihat sehingga melibat berbilion ringgit. Akibat daripada nasihat orang asing tersebut, maka keadaan sosial, ekonomi dan imej negara bukannya bertambah baik malah merundum.

3. Benar kah DS Najib melantik penasihat daripada British? Semasa Pak Lah Tun M menuduh bahawa PM ke-5 itu dikuasai budak-budak tingkat 4, antaranya oleh Kalimullah Hassan.

4. Tun M dalam tulisan terbaru beliau, mendakwa bahawa nilai ringgit tidak pernah jatuh? benar kah? sedangkan tahun 1981-82, ekonomi negara pada masa itu lebih teruk berbanding sekarang, sedangkan PM pada masa itu adalah beliau sendiri. Tun juga menyembunyikan bagaimana Bank negara kehilangan RM30bilion masa itu, hanya mahu menstabilkan ringgit.

5. Tun M, melalui tulisan terbaru beliau, sama sekali, tidak mengaitkan perekonomian dunia yang mempengeruhi nilai ringgit merosot, melainkan menyalahkan sepenuhnya kepada DS Najib. Beliau langsung tidak mempergunakan argumentasi ekonomi dan kewangan untuk menjustifikasikan keadaan, melainkan menyalahkan sepenuhnya DS Najib sebagai punca.

6. Selepas PRU-12, Tun M juga menyalahkan Pak Lah, dengan justifikasi, jika Pak Lah letak jawatan, maka Bn akan mampu dapat kuasa 2/3 semula. Namun, apa yang berlaku, adalah sebaliknya, Bn pada PRU-13 mendapat keputusan yang lebih teruk.

7. Tiada ada justifikasi, jika DS Najib letak jawatan sekarang, ekonomi, ringgit akan serta merta pulih. Demikian juga, jika DS Najib letak jawatan, maka harga minyak akan naik ke paras USD100 setong, tiada jaminan perkara itu berlaku.

8. Imej DS Najib sekarang ini, merupakan satu rekayasa yang dibuat melibatkan berbagai pihak termasuk media antarabangsa.

9. Tun M percaya betul, mengulang-ulang cerita karut seperti mana diamalkan di era Nazi, akan menjadikan cerita karut itu menjadi benar. Atas sebab itu, tulisan-tulisan beliau senantiasa mengulang-ulang cerita basi, tujuannya agar rakyat percaya, bahawa cerita itu betul.

10. 1MDB sudah beberapa kali memberikan jawapan berfakta, namun, jawapan itu langsung tidak diterima, malah Tun M mengulang-ulang dakwaan yang sama. Selain daripada itu, kenyataan SPRM tidak lagi diterima pakai oleh mantan PM itu, dan menganggap sebarang kenyataan daripada agensi itu hanya untuk membantu DS Najib.

11. Nampaknya, Tun M tidak akan berhenti membuat dakwaan. Tiada jawapan yang mampu diberi, jawapan yang diinginkan adalah DS Najib Razak mesti letak jawatan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808