Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

LEMBABNYA VAKSINASI-MENGHALANG AKTIVITI EKONOMI

$
0
0
HAKIKATNYA kerajaan tahu, bahawa pengwujudan imuniti kelompok impak kepada vaksinasi merupakan perkara pokok menunjang aktiviti ekonomi negara.

Sebagai impak kepada imuniti kelompok, maka aktiviti ekonomi seperti pelancongan, pembukaan kilang-kilang, premis perniagaan dapat berjalan seperti biasa.

Melihat kepada rekod vaksinasi yang dilaksanakan sejak minggu ke-3 Februari, 2021, setakat ini purata hanya 4 orang setiap 100 orang rakyat menerima vaksin.

Sasaran program vaksinasi negara adalah sekitar 24 juta rakyat yang mewakili 80% penduduk negara.

Tiada ekonomi yang boleh berkembang jika pengguna atau peniaga terkurung.

Mungkin nasib rakyat negara ini, terpaksa berhadapan dengan detik-detik kesengsaraan akibat pandemik covid-19.

Walaupun berbagai tindakan kerajaan mengekang jangkitan covid-19, termasuk SOP yang ketat termasuk kompaun RM50,000, malangnya jangkitan berterusan.

Melihat keadaan ini, caranya hanya menerusi pelaksanaan vaksinasi secara agresif, tidak lagi berpandu pada keadah yang digunapakai sebelumi ini atau yang sedang dilaksanakan, sebaliknya keadah perlu diubah secara drastik, agar, dalam masa singkat, peratusan rakyat yang menerima vaksin dipertingkatkan.

Kerajaan tidak boleh lagi bersandar kepada cara-cara lalu yang terbukti, kurang berkesan. Fikir-Fikirkan lah

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808