Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PENINGKATAN SEMULA COVID-19 - KESAN PADA RAKYAT

$
0
0
TELAH lebih setahun, negara dibadai pandemik covid-19, namun tanda-tanda mereda belum kenampakan, walaupun dilaksanakan PKP1.0 dan PKP2.0 termasuk proklamasi darurat.

Mungkin diantara kita masih ingat, apabila kes pertama membabitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura, dilaporkan pada 25 Jan 2020.

Ketika gelombang pertama, ia melibatkan majoriti kes import dan bukan rakyat Malaysia, manakala gelombang kedua jangkitan pula berlaku melibatkan penularan tempatan, dengan kes pertama COVID-19 dilaporkan pada 4 Feb 2020.

Sementara musuh yang dilawan belum berjaya dijinakkan, jauh sekali dikalahkan, sehinggakan tag "kita mesti menang" hanya menjadi slogan pembakar semangat, untuk terus melawan.

Kerajaan terpaksa mengakui, kehabisan wang untuk melawan musuh, ertinya juga, kehabisan wang untuk membantu rakyat yang terkesan.

Kerajaan untuk julung kalinya terpaksa membelanjakan KWAN (Kumpulan Wang Amanah Negara) yang mana mendapat kritikan daripada Dato Seri Najib Razak, dan pemimpin pembangkang.

Dalam keadaan kerajaan kehabisan wang, maka rakyat yang kurang bernasib baik yang menerima kesan terawal. Mungkin bantuan one-off terpaksa dihentikan seperti BPN (Bantuan Prihatian Nasional) walaupun BPR/MyBPR (masih diteruskan).

Malangnya, dalam keadaan kewangan negara dikatakan menguncup, mereka yang mendapat kemudahan dibayar gaji atau elaun samada oleh kerajaan atau syarikat-syarikat berkait kerajaan, semacam tidak terkesan, semacam keadaan seperti biasa, apabila masa bulan suci ramadan ini, masih berlaku acara majlis moreh/berbuka yang "kelihatannya mewah".

Dalam keadaan abnormal ini, rakyat menerima kesan berganda, apa kah kehilangan pendapatan, kenaikan harga barangan keperluan, malah tidak sedikit yang tidak lagi mampu mengurus kehidupan harian, seperti membayar sewa rumah, bil elektrik, air dan bayaran-bayaran lain.

Memang diakui, semasa pandemik covid-19 mula melanda, tiada pengalaman negara mengurusnya, tiada kepastian, masa berakhirnya, hanya satu panduan, apabila 80% rakyat divaksin, maka akan wujud kelompok imuniti.

Kerajaan tahu sasarannya adalah mengwujudkan kelompok imuniti, supaya, rakyat terkawal daripada dijangkiti. Namun apa yang berlaku, proses memberi vaksin, tidak semudah perkiraan, rupanya memerlukan masa yang panjang.  Dalam keadaan sekarang, dalam proses vaksinasi, siapa yang dipersalahkan, kerana kekeliruan, mana yang dahulu ayam kah telur kah!!!.

Jika daripada awal-awal lagi, kerajaan memberi fokus kepada pemvaksinan secara massal, tanpa pengelompokan, sudah tentu, peratusan rakyat yang divaksin sudah cukup tinggi. Malangnya, mereka yang "cerdik pandai" tidak mengambil iktibar dalam keadaan ABNORMAL ini, perlu juga KEPUTUSAN ABNORMAL, TINDAKAN ABNORMAL, sebaliknya KEPUTUSAN/TINDAKAN BIASE-BIASE saja.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808