Penulis, salah seorang rakyat biasa, tidak terkesan langsung, dengan proklamasi darurat, kerana proklamasi itu sendiri, bertujuan memperlancar tindakan kerajaan berperang dengan pandemik covid-19.
Walaupun, proklamasi darurat bertujuan melawan pandemik covid-19, akan tetapi ada pemimpin yang mempolitiknya, sambil mempengaruhi rakyat membantahnya.
Tindakan Tun Dr Mahathir dan the geng, mohon menghadap SPBA untuk menyerahkan memorandum TAMATKAN DARURAT, adalah satu usaha, menganggu TUGASAN kerajaan melawan Pandemik Covid-19. Ini kerana, apabila darurat tamat, maka parlimen perlu bersidang, PRK perlu diadakan, bagi satu kawasan Dun dan Parlimen di Sabah, dan satu kawasan parlimen di Perak.
Hakikatnya, meminta tamatkan darurat, bukan bertujuan seperti mana kehendak beberapa ahli parlimen pembangkang, agar parlimen dapat bersidang, akan tetapi, mahu menumbangkan kerajaan.
Jika kerajaan tumbang, maka mereka mahu menggantikannya, jika SPBA tidak memperkenaan pembubaran parlimen bagi tujuan PRU-15 diadakan lebih awal.
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempunyai dua cabaran ketika ini untuk mengekalkan kerajaan, pertama, menunggu keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang akan bermesyuarat pada 25 April ini, manakala cabaran kedua tuntutan tamatkan darurat daripada kumpulan Tun Dr Mahathir.
Bagi rakyat biasa, apakah menerusi tindakan MKT Umno atau kah kumpulan Tun Dr Mahathir, tiada manafaat kepada rakyat biasa, rakyat bagaikan pelandok, apabila gajah-gajah bertembung, maka peladok lah menjadi korban.
Memang diakui, kerajaan hari ini, tidak mempunyai banyak majoriti, sebab itu, terus diganggu.
Sepatutnya, dalam keadaan sekarang, semua pihak perlu membantu kerajaan berperang dengan Covid-19, membantu memulihkan ekonomi, agar rakyat biasa tidak terus menanggung beban kehidupan.
Telah lebih setahun, rakyat negara ini menderita. Seharusnya para pemimpin memahaminya, bukannya menambah masalah, termasuk terus menganggu kerajaan yang berusaha sebaik mungkin melawan pandemik Covid-19, dan memulihkan ekonomi.
Para pemimpin patut menyokong pemimpin kerajaan bertindak diluar kebiasaan, apa kah itu berkaitan penggunaan aset-aset dan dana negara untuk membantu rakyat, bukannya terus mempersoalkan setiap tindakan kerajaan, seperti mana terus dilakukan oleh mantan-mantan Perdana Menteri, mantan-mantan menteri, termasuk lah mereka yang ditolak rakyat pada PRU-14 lalu.
Dalam keadaan sekarang, menamatkan darurat, lebih menambah parah kepada penderitaan rakyat, kerana besar kemungkinan rakyat terpaksa berhadapan dengan PRU, yang bakal mencetuskan gelombang baharu jangkitan covid-19, seperti mana berlaku pada PRN-16 Sabah pada September, 2020.