Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRU-15: UMNO MINAT BERTANDING BUKAN UNTUK MENANG

$
0
0
MEMILIH bertanding SOLO, supaya, boleh bertanding sebanyak mungkin kerusi, bukan strategi untuk menang.

Dalam senario politik tanah air yang telah berubah, yang mana pengundi kurang minat hanya satu parti memerintah, telah digambarkan menerusi PRN-16 Sabah.

Pada PRN-16 Sabah, antara parti-parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Umno lah yang paling banyak bertanding. Akan tetapi, kecenderungan pengundi, mahukan kerjasama antara parti, tanpa parti dominan, maka GRS boleh membentuk kerajaan, atas kombinasi semua parti yang terlibat, tiada kombinasi lain yang membolehkan membentuk kerajaan.

Seharusnya Umno Pusat melihat kecenderungan rakyat tersebut, bukannya bertindak bercanggah.

Umno sebagai parti terbesar, perlu lebih ke hadapan dalam merangkul peluang kebersamaan, bagi parti-parti berasaskan kaum melayu/bumiputera, bukannya mengasingkan diri.

Perikatan Nasional, merupakan peluang keemasan bagi Umno, menunjukkan ketangguhan sebagai parti, bukannya mengasingkan diri, memisahkan diri. Tindakan mengasingkan diri, memisahkan diri, membawa erti, Umno tiada kesanggupan untuk bersaing dalam kolam yang sama, tidak mampu berlomba pada kolam renang yang sama. Memilih kolam renang sendiri untuk berlomba, tidak membawa, apa-apa erti.

Politik sekarang, kemenangan pada pilihanraya, adalah kombinasi semua pihak, samada ahli parti dan bukan ahli. Hakikat yang wajib diberi pertimbangan, bahawa pengundi bukan ahli (atas pagar) mendominasi, jumlah pengundi.

Penulis melihat, sesuai dengan kecenderungan pengundi dalam senario politik yang sudah berubah, bergerak solo lebih condong kepada kekalahan, kecualilah kekalahan itu mempunyai “tujuan tersirat” yang hanya diketahui oleh “pemimpin tertentu” dalam Umno. Tujuan “tersirat” itu, semua parti boleh menjadi kerajaan, asal bukan Bersatu. Asal bukan parti Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jika itu, menjadi pilihan Umno, maka wajar lah ada penjajaran politik baharu yang melibatkan Umno, samada sebelum atau selepas PRU-15.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808