Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

UMNO SABAH KEKAL BERSAMA BERSATU DALAM GRS

$
0
0

UMNO Sabah kekal bersama dengan Bersatu menerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), sesuai dengan mandat rakyat Sabah pada PRN-16 Sabah pada September tahun lalu.

Pada PAU tahun 2020, Umno telah memuktamadkan berhadapan PRU-15, No PPBM, No Anwar dan No DAP.

Selain itu, Umno bersama parti komponen Barisan Nasional akan menggunakan logo tradisi dacing.

Dengan keputusan Umno di Semenanjung, tiada kerjasama dengan mana-mana pihak, maka di semua kerusi yang ditandingi BN akan berlaku pertembungan dengan calon-calon Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH). 

Tidak pasti, apa kah akan berlaku di kawasan-kawasan yang ditandingi PAS, apa kah juga akan ditandingi BN? khususnya Umno, kerana kedua-dua parti mempunyai piagam kerjasama menerusi Muafakat Nasional (MN).

Di Sabah tidak akan berlaku pertembungan antara parti-parti dalam GRS, kerana kesemua parti bermatlamat menghimpun kekuatan untuk menang sebanyak mungkin kerusi.

Penulis berpendapat, pendirian Umno Sabah untuk memisahkan diri daripada pendirian Umno Pusat, ada lah tepat, kerana latar belakang penduduk Sabah mempunyai perbezaan yang amat ketara dengan penduduk Semenanjung.

Sudah tiba masanya, pemimpin Sabah memilih haluan sendiri, untuk membangun dan memajukan negeri dan rakyatnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808