Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

KALAU UMNO TANDING SEMUA KERUSI PUN TAK MENGAPA- TAN SRI MUHIYIDDIN

$
0
0
PERIKATAN NASIONAL (PN) tiada masalah, jika Umno bertanding semua kerusi pada PRU-15. Jika itu berlaku, maka PN perlu berhadapan dengan parti itu, apa kah ianya dua penjuru, tiga penjuru atau lainnnya.

Terserah kepada pengundi, parti mana yang diberi mandat untuk memerintah negara.

Pada masa ini, kerajaan PN cuba mengelak isu-isu politik, kerana sedang berlawan dengan Covid-19. Kerajaan mempunyai tugas penting, iaitu memvaksin 80% rakyat negara ini, dan pada masa sama, melaksanakan program-program membantu rakyat, agar terus dapat mengisi perut, selain memulihkan ekonomi negara.

Terpulang kepada pengundi pada PRU-15. Mereka boleh memberi mandat mana-mana parti untuk memerintah.

Bagi kerajaan PN, sudah berusaha, sedang berusaha, sebaik mungkin untuk memerintah negara, demi rakyat berbilang kaum dan agama.

Mana-mana parti termasuk juga PN, kena akur kehendak rakyat. Rakyat tidak boleh dipaksa untuk menyokong. Rakyat tahu, parti mana dan pemimpin mana diberi kepercayaan untuk memerintah.

Tan Sri Muhiyiddin memberi rekasi terhadap ucapan Timbalan Presiden Umno, yang tidak akan berkompromi dengan kerusi-kerusi tradisi parti itu pada PRU-15, termasuk lah 13 kawasan parlimen yang ditawan Bersatu pada PRU-14 lalu. Menerusi pendirian Umno, jelas, Parlimen Pagohpun akan ditandingi parti tersebut, termasuk lah kawasan-kawasan yang dimenangi pada PRU-14, akan tetapi dibawa oleh penyandang menyertai Bersatu.

Nampaknya, Umno benar-benar inginkan putus hubungan dengan Bersatu, seperti mana inti parti ucapan Datuk Mohammad Hassan semasa merasmikan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri secara serentak di PWTC, Kuala Lumpur pagi tadi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808