1. KITA hanya mengetahui bagaimana siasatan FBI dijalankan melalui filem buatan Amerika. Siasatan yang kita tonton menggambarkan bagaimana dahsyatnya pihak penyiasat terhadap subject yang disiasat, yang membawa gambaran "there is no single stone left un-turn".
2. Jika benar, laporan kononnya FBI telah memulakan siasatan terhadap RM2.6bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, di mana siasatan dihubungkaitkan dengan pegubahan wang haram, maka menjadi sangat malang kepada DS Najib, kerana beliau akan menjadi Ketua Kerajaan Malaysia malah dirantau ini dibabitkan dengan tindakan seumpama itu.
3. FBI sangat peka terhadap pengubahan wang haram, sebagai impak kepada pengeboman twin Tower New York dimana pengeboman tersebut mendapat jolokkan September 11 (11/9) dan sehingga kini diungati sebagai tindakan paling ganas tempat awam di abad moden ini.
4. Jika siasatan FBI dianggap serius, maka ianya boleh menjadi penghalang kepada Perdana Menteri untuk membuat lawatan ke sebarang negara, kerana mungkin sahaja agen FBI berada di negara berkenaan, untuk membuat penangkapan. Setakat ini, memang belum ada sebarang kenyataan bahawa DS Najib merupakan individu yang dikhendaki, namun kena beringat malang tidak tidak berbau.
5. Jika demikianlah duduk perkara ini, DS Najib besar kemungkinan bertindak "self isle" dengan tidak melakukan lawatan ke luar negara. Jika demikian, kemungkinan beliau menjadi ketua kerajaan sebaris dengan Mugabe atau Bashir daripada Sudan, terpaksa duduk di dalam negara.
6. Tun Dr Mahathir pernah membayangkan, bahawa DS Najib bakal ditangkap jika melawat luar negara. Walaupun kenyataan itu tanpa merujuk sebarang sumber dan hanya bercorak spekulasi, namun berasaskan keadaan terkini, ada kemungkinan kenyataan mantan Perdana Menteri itu mempunyai kebenaran.
7. Mungkin, dalam diam Perdana Menteri sedang menggunakan "cable" dengan golfing partner beliau Presiden Amerika Barack Obama, dan ceriminan itu akan dilihat, jika lawatan Obama ke Malaysia pada November ini menjadi kenyataan. Jika Obama ke Malaysia, maka untuk sementara waktu, DS Najib akan terhindar daripada tindakan FBI.
8. Jika DS Najib menghalang dirinya untuk ke luar negara, beliau mempunyai masa melawat seluruh pelosok tanah air, dan jika ini berlaku, maka dengan sendirinya memadam tomahan, bahawa Perdana Menteri yang paling kerap melawat negara telah bertukar selera sebagai Perdana Menteri yang melawat seluruh cerok negara, sebenarnya itulah yang terbaik, kerana pemimpin yang diangkat oleh rakyat mengabdi kepada rakyat.