Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Kota Belud: Disebalik Dakwaan Pembangkang

$
0
0
1. Tulisan Portal Pembangkang The Malaysian Insider (TMI), berasaskan temubual dengan seorang pemimpin PKR Kota Belud, Jalumin Boyogoh, serta temubual dengan beberapa pengikut beliau, sudah tentu mengandungi semua kejelekan bukan sahaja kepada wakil rakyat akan tetapi kerajaan yang memerintah.

2. Melalui tulisan itu tiga isu yang ditimbulkan- Kota Belud tiada mercu tanda yang dibanggakan mesikpun pernah diwakili oleh tiga Ketua Menteri dan kini dua Menteri Persekutuan serta Speaker Dewan Rakyat , akutnya masalah air bersih dan kesesakan jalan di pekan.

3. Kota Belud walaupun hanya satu kawasan Parlimen dan tiga kawasan Dun, akan tetapi keluasannya sama dengan Negeri Perlis. Kawasan permukaan bumi yang berbukit bukau, mempunyai pantai yang terpanjang di Pantai Barat Sabah atau malah di Malaysia, dengan sumber pendapatan rakyat daripada pertanian, perikanan dan perkebunan.

4. Kota Belud tidak mempunyai sumber harta karun lain seperti kayu balak, perladangan besar, kecuali di perairannya terdapat pelantar minyak.

5. Tulisan TMI itu, sebenarnya bertujuan provokasi dan tidak menggambarkan keadaan sebenar serta bukan berasaskan kepada keadaan sebenar di lapangan. Tulisan itu membunyaikan fakta sebenar dan mempunyai niat jahat. Apa yang gagal diutarakan oleh tulisan itu, sejak Bn menjadi Kerajaan negeri bermula tahun 1994, lebih RM700 juta ringgit dibelanjakan bagi kawasan tersebut, temasuk membina bypas daripada Tuaran, serta jalan ke Kudat. Selain itu, pembangunan baru Pekan Kota Belud sedang dalam pelaksanaan serta Jelapang Padi yang berkos RM1bilion.

6. Isu kedua yang ditumbulkan melalui TMI itu, iaitu masalah Bekalan Air Bersih Luar Bandar (BALB) sebenarnya sudah sekian lama menjadi perhatian para pemimpin Kota belud, malah semasa kempen PRU-12, calon BN pada masa itu Dato Rahman Dahlan telah menjadi satu bahan kempen beliau, bahawa masalah BALB akan diselesaikan secepat mungkin. 

7. BALB untuk berjaya maka loji penapisan air perlu ada, untuk itu pada Tahun 2009, dicadangkan untuk membina Empangan Tambutoan di kawasan Kedamaian. Sebaik sahaja cadangan itu dinyatakan, Pembangkang yang diketuai DAP menghasut rakyat untuk menolaknya, malah Pemimpin DAP Lim Kit Siang sanggup turun daripada Kuala Lumpur untuk datang dan tidur di Kg Tambutoan bagi mengumpul rakyat kampung itu agar menolak pembangunan empangan tersebut.

8. Pembangkang termasuk Jalumin Boyogoh calon PKR bagai kawasan Parlimen Kota Belud pada PRU-12 (bukan PRU-13 sepertimana tulisan TMI) berkempen di kawasan Kedamaian agar menolak pembangunan empangan tersebut, dengan berbagai kenyataan yang bersifat menghasut dan meruncingkan rakyat.

9. Akibat kempen negatif terhadap empangan Tambutoan, maka pada PRU-13, calon Bn bagi DUN Kedamaian tewas kepada calon PKR, dan semua kawasan Pusat daerah mengundi kawasan itu bagi Parlimen, Bn tewas.

10. Kini, selepas pembinaan Empangan Tambutoan, tidak diteruskan untuk sementara waktu, maka pembangkang mempolitikkan pula, masalah BALB. Kenyataan pembangkang tersebut, sama dengan marah dengan nyamuk, akan tetapi telah membakar kelambu.

11. BALB Kota Belud, akan terselesaikan sudah, jika empangan Tambutoan dibina, malah, jika empangan tersebut berjaya dibina, impak gempa pada 5 Jun yang melanda Gunung Kinabalu, tidak merosakkan sepenuhnya loji air Bayayat, dan sungai Kedamaian, kerana aliran air lumpur daripada kaki gunung tersebut akan terperangkap oleh empangan tersebut.

12. Tulisan TMI yang memetik Jalumin, memang bermaksud jahat, kerana gagal mengutarakan, punca sebenar masalah air Kota Belud.

13. Isu ketiga, iaitu kesesakan di Pekan. Secara jujur, bagaimana hebatnya pemimpinpun, tidak akan dapat menyelesaikan kesesakan jalan di Pekan. Sebabnya selain keluasan pekan yang kecil, dengan jumlah rumah-rumah kedai yang begitu banyak, serta banyaknya kenderaan yang keluar masuk, maka sudah menjadi adat sesebuah pekan, jika keadaan berlaku, maka kesesakanlah yang berlaku.

14. Apa yang sengaja tidak dinyatakan oleh Jalumin, bahawa akibat pendapatan rakyat Kota Belud yang meningkat, maka pemilikan kenderaan hampir merata untuk setiap rakyat. Peningkatan pemilikan kereta, tidak dapat ditampung oleh kawasan pekan yang berkeluasan kecil. Penambahan keluasan Pekan Kota Belud, sukar dilakukan, kerana terpaksa menebuskan guna tanah-tanah milik rakyat, dan jika tindakan itu yang diambil, ianya menjadi kemarahan rakyat lagi. Mungkin, jika pembangkang menjadi pemerintah di suatu hari kelak, tindakan itu bakal ditempoh.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808