Walaupun syarikat Cement Industies(Sabah) Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1982, tetapi data atau maklumat mengenai syarikat tersebut sukar diperolehi.
Penulis tidak pasti sebab apa, keluaran atau volume keluaran syarikat tersebut, sukar diperolehi, kecuali menerusi laporan tahunan syarikat tersebut yang hanya boleh diakses oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
Kenyataan Pengerusi baharu syarikat tersebut Datuk Japin Akim, yang mahukan operasi syarikat tersebut perlu diskala besarkan, memandangkan semen merupakan input utama pembinaan, selain boleh menjadi penjana pendapatan kepada negeri juga dapat membuka peluang-peluang pekerjaan, perlu disambut dengan baik.
Sudah tiba masanya, syarikat tersebut memerlukan anjakan dalam segi operasi termasuk membuka cawangan-cawangan dikawasan lain, yang mempunyai sumber input bagi pengeluran semen.
Industri semen, di Sabah mempunyai masa depan yang cukup baik, bukan sahaja sumber input yang kaya, juga keperluan bahan tersebut, akan terus meningkat di masa-masa akan datang.
Kerajaan negeri, perlu melabur dalam industri ini, kerana ianya boleh dijadikan sebagai produk eksport.