PADA hakikatnya, pembangkang SUDAH kalah. Ada lah buang masa, bagi mereka, cuba-cuba melakukan serangan hendap bagi menggagalkan bajet kementerian-kementerian tertentu.
Hingga setakat ini, selain Bajet 2021 secara dasar sudahpun diluluskan, Bajet 4 kementerian, termasuk Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan sudahpun diluluskan.
Pembangkang cuba melihat apa kah mereka mempunyai sokongan, pertama semasa undi belah bahagi bajet Jabatan Perdana Menteri dan kedua Kementerian Kewangan.
Pengundian belah bahagi bagi Jabatan Perdana Menteri 105 MP menyokong, 95 menolak; manakala Kementerian Kewangan 106 menyokong, 95 menolak.
Ada lah cukup, bagi pembangkang mencuba menunjukkan menghalangg bajet. Sepatutnya mereka sedar, mereka sudah kalah.
Apa yang patut bagi mereka, adalah memberi hujah yang bernas, agar permintaan mereka dimasukan dalam bajet di peringkat dasar.
Mereka patut berhujah untuk kepentingan rakyat, bukannya menyerang hendap, hanya semata-mata memenuhi nafsu politik.