Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRU-15: BERSATU GUNA LOGO PERIKATAN NASIONAL

$
0
0
PARTI Bersatu (PPBM) memutuskan akan menggunakan logo Perikatan Nasional pada PRU-15. Keputusan itu dicapai, berasaskan keputusan PRN-16 Sabah.

Pada PRN-16 Sabah, parti komponen PN menggunakan logo PN julung kalinya walaupun menerima kelulusan ROS kurang sebulan sebelum penamaan calon PRN-16 Sabah pada 12 September,2020. 

Meskipun logo PN relatif baru, akan tetapi cepat diterima pengundi, apabila calon parti itu menang 17 kerusi daripada 29. Kemenangan 17 kerusi merupakan pencapaian 58.62% sesuatu yang amat baik bagi sesebuah logo baharu. 

Bersatu yakin, secara umumnya, rakyat negara ini bakal menerima logo tersebut pada PRU-15 akan datang. 

Untuk sementara PN dianggotai Bersatu, PAS, STAR dan SAPP. 

Sebelum ini, UMNO dan PAS telah bersetuju akan mendaftarkan Muafakat Nasional sebagai sebuah parti, ertinya MN juga mempunyai logo tersendiri. Dalam MN itu sendiri ada UMNO, Pas dan Bersatu. 

Pada PRU-15 akan datang UMNO kemungkinan besar akan kekal menggunakan dacing. Oleh kerana Bersatu, akan menggunakan logo PN, maka hanya PAS belum menentukan logo yang bakal digunakan. Pas boleh memilih logo PN atau MN. 

Nampaknya pada PRU-15 akan datang pengundi akan memilih PN, BN atau MN, seperti mana Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menggunakan tiga logo, PN, BN dan PBS. 

Dalam politik, yang paling mustahak adalah strategi untuk menang. Parti-parti yang sehaluan, akan memutuskan, logo yang bakal digunakan sesuai dengan strategi. 

Jika PRN-16 Sabah dijadikan pengukur, LOGO PN, boleh menarik sokongan pengundi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808