Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

BAJET 2021: TUN TUDUH YANG SOKONG DIBELI

$
0
0
KERANA merasa kehilangan AURA, Tun Dr Mahathir mendakwa bahawa MP pembangkang yang TIDAK berdiri menyokong UNDI belah bahagi Bajet 2021 telah dibeli.

Menerusi tindakan tersebut, maka menurut MP Langkawi tersebut, maka TAHAP rasuah di negara ini cukup akut, kerana KERAJAAN pun boleh dibeli.

Itu lah pendapat mantan Perdana Menteri tersebut, yang kini mewakili parti Pejuang yang sedang didaftarkan.

Tun mahu para MP supaya jangan menggunakan akal dan fikiran, serta pertimbangan, sebaliknya bertindak melulu, sehinggakan yang baik pun ditolak.

Seperti mana kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili PKR dan Anthony Loke mewakili DAP, bahawa banyaknya kebaikan dalam bajet tersebut, yang tidak boleh sewenang-wenang ditolak.

Tun terlupa, bahawa tugas pembangkang, adalah untuk semak dan imbang. Mana yang baik untuk rakyat dan negara disokong. Mana yang tidak ditolak atau dicadangkan untuk diperbetulkan. Itu lah mekanisme kerajaan demokrasi dan berperlembagaan. Bukannya, bertindak melulu.

Tergambar sangat, dakwaan-dakwaan Tun tersebut, telah hilang sifat-sifat negarawan dan pemimpin yang disegani.

Jika Tun meneruskan tindakan beliau, dikuatiri rakyat negara ini akan bertukar meluat, dan kehilangan hormat.

Adalah afdal bagi beliau untuk berehat daripada dunia politik, sebelum imej beliau memburuk di mata rakyat.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808