Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

KATAK-HIPOKRITNYA SHAFIE

$
0
0

SEDAR kah Shafie, bahawa parti Warisan juga dipenuhi katak-katak, termasuk lah beliau. Shafie merupakan pemimpin Umno sebelum keluar daripada parti itu pada tahun 2016. Demikian juga  Datuk Jaujan, Darell Leiking, Junz Wong, dan pemimpin lain dalam parti itu merupakan pemimpin katak.

Shafie dapat membentuk kerajaan pada 12 Mei, 2018, kerana bantuan katak, namun pada masa itu, menyambut mereka yang menyokong beliau sebagai hero, tetapi apabila meninggalkan beliau, dianggap sebagai katak.

Shafie jangan lah hipokrit sangat, kerana rakyat tahu asal usul kamu. 

Shafie bukan lah penentu, apa kah wakil rakyat yang berpindah-pindah parti kerana semata-mata mengejar kemajuan untuk kawasan yang diwakili, kerana mereka ini juga mempunyai mulut untuk menerangkan kepada pengundi mereka.

Tugas wakil rakyat adalah untuk memajukan kawasan masing-masing. Memajukan dan membangun kawasan perlukan dana dan peruntukan, sebab itu wakil rakyat sedemikian sentiasa align dengan kerajaan off the day, khususnya kerajaan Persekutuan.

Sedar kah Shafie, mengapa Kerajaan beliau ditolak oleh 13 ADUN? sebabnya mereka itu, tidak mahu sebahagian daripada wakil rakyat yang menjahanamkan perekonomian negeri.

Ekonomi negeri sejak Shafie mengambil alih pada Mei, 2018 telah menjunam dengan teruk. Tahun 2018 merudum ke paras 1.5%, tahun 2019 ke paras 0.5%, dan pada tahun 2020 dijangka negatif.

Hanya, Shafie dan konco-konco mahu mempertahankan keadaan ekonomi yang teruk, bukan wakil rakyat yang progresif seperti mana para ADUN yang menyokong membentuk kerajaan Perikatan Nasional yang menyokong Kerajaan Persekutuan pimpinan Tan Sri Muhiyiddin Yassin.

Kedudukan TSMY akan kekal beyond PRU-15, kerana berbagai pihak menyokong beliau meneraju negara, kerana telah kepimpinan beliau telah terbukti semasa krisis, mampu mengurus negara dengan baik sekali.

Rakyat Sabah yang progresif sudah tentu mahu sebahagian daripada kerajaan yang mampu mengurus negara, bukannya seperti kerajaan PH yang tumbang pada 24 Februari, 2020 dan Kerajaan Shafie yang tumbang pada 29 Julai, 2020.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808