Kereta Hangus Dijumpai Di Hutan Melintang, Perak |
1. Pada pagi jumaat Kelvin Anthony Morais, kelihatan meninggalkan apatment Menara Duta, Kuala Lumpur dengan mengunakan kereta kerjaan jenis Proton Perdana bernombor W6264Q, namun bekas penyiasat SPRM yang dipinjamkan daripada Jabatan Peguam negara tersebut tidak hadir berkerja pada hari yang sama.
2. Kelvin, menurut SPRM telah kembali ke jabatan asal beliau lebih setahun yang lalu, dan terlibat dalam penyiasataan wang RM2.6bilion dan 1MDB. Kelvin sepasukan dengan Jessica Gurmit Kaur warga Singapura yang dipecat daripada jawatannya di Jabatan Peguam Negara, sebaik sahaja Tan Sri Gani Patil dilucutkan jawatan.
3. Isu siasatan terhadap 1MDB dan wang RM2.6bilion menjadi hangat apabila The Wall Street Journal membuat laporannya mengenainya pada 2 Julai.
4. Ekoran laporan tersebut, satu tindakan drastik dilakukan oleh Perdana Menteri, antara lain merombak kabinet termasuk memecat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Datuk Shafie Apdal, kerana dua anggota kabinet tersebut menyuarakan kebimbangan berkaitan 1MDB dan RM2.6bilion di khayalak ramai.
5. Kini isu 1MDB dan wang Rm2.6bilion, bukan sahaja menjadi topik di kalangan pemimpin pembangkang dan Tun Dr Mahathir, malah menjadi tajuk utama di surat-surat khabar antarabangsa, termasuk dijadikan oleh beberapa pegawai Transparency International sebagai bahan mengentam DS Najib Razak dan kerajaan.
6. Apa kah kehilangan Kelvin, ada kaitan dengan tugas beliau? atau faktor lain?, pihak polis sedang menyiasat kehilangan DPP tersebut.
7. Satu klu dijumpai di Hutan Melintang Perak pada pagi Sabtu, sebuah kereta menyerupai proton Perdana yang terbakar hangus, namun tidak menemui sebarang kesan tulang belulang manusia.
8. Pihak polis meminta bantuan pakar forensik untuk mengenalpasti kereta terbakar tersebut, apa kah kereta Kelvin? atau bukan.
9. Terlalu awal membuat kesimpulan pada masa ini, namun pihak polis sedang bertungkus lumus mengenai pasti kereta terbakar tersebut. Jika ianya milik Kelvin, maka kemana perginya mantan DPP itu? kerana dalam kereta yang terbakar tersebut tiada klu bangkai manusia.
10. Satu laporan orang hilang telah dibuat di Balai polis Jinjang pada Jumaat.