1. DS Najib Razak perlu berbuat tindakan seperti mana beliau lakukan terhadap isu pembunuhan Altantuya Shaaribu. Beliau perlu bersumpah dengan nama Allah, bahawa tiada wang 1MDB digunakan dan sumbangan RM2.6bilion tiada syarat diberikan oleh penderma.
2. Melalui tindakan bersumpah itu, terserah kepada rakyat untuk percaya atau tidak, dan beliau kena berserah pada Allah.
3. Dalam keadaan sekarang, apa sahaja tindakan pencerahan dan penjelasan berkaitan dua isu, akan timbul pertanyaan baru, timbul dakwaan baru. AYT kerap berhujah melalui blog ini, satu-satunya tindakan DS Najib adalah bersumpah, kerana melalui tindakan itu, terlepas semua beban once for all, dan hanya berserah kepada ketetuan Allah SWT.
4. Apapun dalil dan ulasan serta jawapan berkenaan dua isu itu, pihak pembangkang dan mereka yang menjadikan isu itu menjadi faktor utama mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan, akan terus menimbulkan berbagai dakwaan berkaitan isu itu. Keadaannya sama, seperti mana berlaku pada Altantuya, meskipun mahkamah telah memutuskan, namun mereka tetap membangkitnya, namun atas sebab DS Najib teguh melalui tindakan bersumpah, akhirnya, isu itu kalau tidakpun padam, tetapi dipercayai rakyat majoriti, bahawa DS Najib bercakap benar.