Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Jangan Mimpi Undi Tidak Percaya Pada DS Najib

$
0
0
1. Undi tidak percaya pada DS Najib Razak boleh berjaya jika digerakkan oleh BN sendiri seperti mana berlaku pada mantan PM British Margret Thatcher yang diusulkan oleh partinya sendiri, namun apa yang berlaku sekarang di negara ini, inisiatif itu daripada parti pembangkang.

2. Pembangkang hanya ada 88 kerusi parlimen termasuk satu bebas, jumlah itu memerlukan 24 MP BN. Pada keadaan sekarang, mungkin ada 2-3 orang MP BN yang nyata mungkin berpihak kepada pembangkang dan ditambah 10 MP yang bertindak sebagai duri dalam daging, namun jumlah itu belum mencukupi untuk mendapatkan 112, jumlah majoriti mudah untuk membolehkan undi tidak percaya berjaya.

3. Lagipun, jika ada MP Bn yang terlibat, ertinya mereka sudah 'break the rank", jika itu berlaku, benarlah apa yang dikatakan Menteri Komunikasi dan Multimedia- Datuk Salleh Tun Said, bukan sahaja DS Najib jatuh, kerajaan BN juga jatuh.

4. Berkaitan anggota MP Bn para 2, ianya hanya spekulasi AYT berasaskan keadaan semasa, namun secara jelas, belum ada sesiapa anggota Bn yang menyokong cadangan bagi usul tidak percaya kepada DS Najib.

5. Melihat keadaan semasa, para MP Bn tidak akan sanggup melihat kerajaan Bn rebah, kerana kalau ianya belaku, maka berimpak negatif kepada Bn secara keseluruhan. 

6. Jika berlaku undi tidak percaya kepada DS Najib yang digerakkan Pembangkang dan mampu mendapatkan undi 112, maka akan timbul persepsi kepada rakyat, bahawa Bn sudah lemah, jika timbul demikian, maka Bn akan menanggung beban yang sangat berat untuk memulihkan keadaan terutama berdepan dengan PRU-14.

7. Pembangkang akan memanfaatkan keadaan, dan sekaligus memberi uummhh kepada mereka untuk menarik sokongan rakyat, sementara Bn pula dalam keadaan kelam kabut, malah saling curiga mencurigai antara satu sama lain, dan keadaan itu membuatkan Bn lemah.

8. Atas sebab itu, bagi MP Bn yang masih rasional, tidak akan sanggup menyokong gerakkan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan Bn, kerana jika ada yang terlibat, maka mereka akan dicop sebagai pengkhianat dan penderhaka kepada perjuangan dan menikam belakang kawan-kawan.

9. Ingat apa yang berlaku pada PBS semasa tahun 1990, memulihkan kepercayaan kepada para pemimpin PBS memakan masa yang sangat panjang, malah sehingga kini, cop itu masih berbekas dan nampak jelas.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808