1. Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pertahanan- Dato Hishammuddin Tun Hussien, merasa terkejut dengan dakwaan media sosial, bahawa Timbalan Presiden dan Naib Presiden Umno- Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Shafie Apdal akan dipecat semasa Mesyuarat AMT pada 9 September.
2. Sebagai Naib Presiden berita yang dimainkan media sosial tersebut, hanya spekulasi dan tiada kebenarnnya mengenainya. Sebagai Naib Presiden, beliau berkata sudah pasti tahu perkara yang bakal dibincang, namun berita yang disebar sejak awal minggu itu merupakan "news" bagi Menteri Pertahanan tersebut.
3. Melalui edaran media sosial, selain Muhyiddin dan Shafie, 5 pemimpin Umno lagi termasuk Menteri Besar Kedah bakal dipecat. Dalam menjawab spekulasi itu, Dato Mukhriz Tun Mahathir, berkata, bahawa beliau tidak tahu menahu berkaitan berita itu, malah tiada sebarang isyarat daripada pucuk pimpinan parti.
4. Pihak-pihak yang menangguk di air keruh, memanfaatkan keadaan, bahawa 7 nama yang disebutkan adalah para pemimpin Umno yang lantang bercakap berkaitan 1MDB, syarikat milik Kemenentrian Kewangan yang ditubuhkan pada Februari 2009, dengan modal berbayar RM1juta, namun dalam tempoh masa 6 tahun membuat pinjaman RM46bilion untuk mengumupul harta sebanyak RM52bilion. Di atas kertas, syarikat gergasi itu mendapat untung RM6bilion atau 14.3 peratus dengan purata 2.4 peratus keuntungan setiap tahun.