ALAM pun berduka, apa tah lagi rakyat Sabah, apa tah lagi rakyat Sarawak, apa tah lagi rakyat Semenanjung.
Bukan itu sahaja, parti politik pun seperti DAP, PKR dan Amanah bagaikan disambar halilintar, apabila Tun Dr Mahathir menamakan Datuk Shafie Apdal sebagai calon PM-9.
Alam memberi isyarat, kemusnahan kepada negara dan rakyat, jika ada MP yang sedang menyokong kerajaan Tan Sri Muhiyiddin Yassin tiba-tiba jadi gila, hilang akal, lalu menyokong Shafie.
Bagi sebahagian rakyat Sabah, Shafie adalah seorang Ketua Menteri yang pernah wujud, sebagai Ketua Menteri yang gagal mentadibir dan mengurus negeri. Kemampuan beliau, hanya untuk mengurus kepentingan diri dan kroni beliau.
Contoh sangat ketara, dikala, kakitangan Yayasan Sabah diberhentikan kerja, dipotong gaji 50%, tetapi pada masa yang sama rumah kediaman rasmi Pengarah Yayasan Sabah direnovasi dengan kos RM10juta.
Sebelum itu, sebaik sahaja Shafie menduduki jawatan Ketua Menteri pada Mei, 2018 kerana bantuan Istana dan ADUN lompat, rumah kediaman Ketua Menteri-Sri Gaya juga direnovasi dengan kos jutaan ringgit.
Seperkara lagi, satu kejadian yang pelik rumah Shafie yang turut dihadiri para ADUN lompat pada 11 Mei, 2018, sepatutnya menjadi lokasi sejarah, kerana di rumah itu beliau mendapat sokongan menjadi Ketua Menteri, tetapi di "ground zero"kan, lalu dibangun bungalo mewah dan bertambah satu lot (Shafie membeli lot jiran-lalu dirobohkan serentak).
Untuk makluman rakyat negara ini, itu sahaja kemampuan Shafie, belum lagi melibatkan kehilangan RM1.5bilion peruntukan KKLW ke Sabah tahun 2009-2016, kes RISDA dan Jabatan Air Sabah.