Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

TUN CALONKAN SHAFIE PM-9 KETEPI ANWAR

$
0
0
TUN sanggup calonkan Datuk Shafie Apdal (Parti Warisan dengan 9 kerusi parlimen) untuk menafikan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Parti PKR bertegas mencalonkan Anwar berbanding Tun, menjadi punca kemelut antara PH Plus, kerana DAP, Amanah dan Warisan serta kumpulan Tun tegas pendirian menyokong Tun sebagai calon PM-9.

Sebelum ini, berbagai kombinasi dicadangkan oleh 4 parti tersebut, antaranya gandingan Anwar-Mukhriz; Tun-Anwar; namun gandingan pertama tidak dipersetujui Shafie, manakala gandingan ke-2, samada Tun mahupun Anwar tidak berstuju.

Kerana kemaruk sangat untuk menumbangkan kerajaan PN yang diterajui Tan Sri Muhiyiddin Yassin, maka mencalonkan Shafie, adalah untuk memancing GPS Sarawak, kerana sejarah akan tercatit, sejak merdeka, seorang Perdana Menteri mewakili Borneo.

Persoalannya, apa kah GPS akan termakan umpan? memandangkan Shafie tidak mempunyai kewibawaan sebagai pemimpin, sedangkan rakyat Sabah pun tidak dapat diurus oleh Ketua Menteri Sabah tersebut.

GPS Sarawak tahu betul, semasa PKP, hampir 90% rakyat Sabah merungut, kerana Shafie gagal membantu rakyat Sabah.

Melihat kegagalan Shafie tersebut, penulis yakin, GPS tidak akan menutup mata.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808