Parti-parti yang menyokong Perikatan Nasional perlu sebagai satu pasukan, untuk memaksimumkan sokongan daripada rakyat jika PRU-15 diadakan dalam masa terdekat.
Dalam senario sekarang, semua parti perlu saling mendukung antara satu sama lain. Tiada istilah hanya BN atau hanya MN, melainkan PN ada lah satu jawapan.
Dalam konteks Sabah, kerjasama semua parti sangat-sangat diperlukan, dan perlu bergerak sebagai satu.
Jangan terpedaya dengan pendapat para analisis politik yang kerap dirujuk oleh kebanyakan portal berita mahupun surat khabar bercetak, kerana penulis mengamati sejak tahun 2004, pendapat-pendapat mereka tidak pernah menepati aspirasi rakyat negara ini, malah hampir 90 peratus dapatan mereka adalah auta.
Pada senario sekarang, para penganalisis politik itu membuat berbagai andaian, kononnya pada PRU-15, MN akan bergerak secara solo, kerana diyakni kerjasama antara Bn dan Pas (gagasan sejahtera) lebih diminati rakyat berbanding PN. Ulasan mereka itu bercanggah dengan fakta semasa, yang mana sambutan rakyat secara umum kepada kerajaan yang diterajui Tan Sri Muhiyiddin Yassin diterima baik dan dianggap sebagai kerajaan yang memenuhi aspirasi rakyat secara keseluruhan.
MN tidak mudah mengenepikan Bersatu-pimpinan Tan Sri Muhiyiddin, kerana mereka juga mempunyai sokongan akar umbi. Mengenepikan Muhiyiddin, bermakna menolak sebahagian pengundi atau penyokong. Demikian juga di Sabah, tiada cara mengenepikan parti-parti yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhiyiddin Yassin.
Penulis rasa, PN adalah solusi kepada perdamaian politik, kehendak rakyat secara umum di negara ini, kerana menerusi perikatan tersebut, terwujud satu tujuan satu matlamat, menyelamatkan negara dan rakyat.