Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

SHAFIE KAWAL KETAT PARA ADUN WARISAN

$
0
0
PENULIS difahamkan, lambatnya pemuktamadan penubuhan kerajaan PN Sabah, kerana beberapa ADUN penyokong Shafie yang sepatutnya menandatangai SURAT AKUAN menyokong Kerajaan PN Sabah belum dapat berbuat demikian kerana sedang dipantau pergerakaan mereka 24 jam.

Secara asasnya, PN Sabah telah mendapat jumlah ADUN yang mencukupi, iaitu 33, akan tetapi 3-4 ADUN lagi yang telah mengesahkan menyokong belum ada peluang menandatangi Surat Akuan sokongan.

Di pihak PN Sabah hanya menunggu masa dan ketikanya, mengumumkan kedudukan sokongan daripada 33-34 ADUN tersebut.

Di pihak Warisan, apa yang boleh mereka lakunya, hanya menafian gerakan tersebut sambil berhujah bahawa kerajaan mereka kukuh.

Tindakan para ADUN yang menyokong kerajaan PN Sabah, bukan kerana kepentingan pribadi (walaupun ada tomahan seperti itu) akan tetapi demi kepentingan kawasan dan rakyat yang mereka wakili.

Di Sabah bukan sahaja wakil rakyat, akan tetapi secara umumnya rakyat Sabah tahu, bahawa tanpa sokongan kerajaan Persekutuan, Sabah susah dimajukan dan dibangunkan, memandangkan keluasan Sabah yang begitu besar, yang memerlukan peruntukan kewangan yang besar juga.

Bajet Sabah hanya berlegar-legar pada angka 3-4 bilion setahun, tidak cukup memajukan dan membangun negeri, kerana memerlukan suntikan peruntukan sekurang-kurangnya RM10bilion setahun, dan peruntukan seumpama itu datangnya daripada Persekutuan.

Kerajaan era BN, mampu membangun dan memajukan Sabah kerana sebahagian daripada kerajaan Persekutuan, kerana itu lah kadar pembangunan Sabah begitu pesat sekali.

Pembangunan dan kemajuan perlu berjalan tanpa henti, jika berhenti, maka akan kembali kepada garis pemula. Jalan raya, pasti mengalami kerosakan, dan ianya perlu diselenggara. Penyelenggaran perlu kewangan. Demikian juga kemudahan-kemudahan asas lain, seperti bekalan air, bekalan elekterik, perlu diselenggarakan, jika tidak maka akan rosak dan tidak dapat membekalkan bekalan kepada rakyat yang memerlukan. Semua itu perlu peruntukan.

Pertimbangan di atas lah yang menyebabkan, sebahagian ADUN Warisan akan mengistiharkan kedudukan mereka sebagai mesra PN.

Sampai bila kah Shafie dapat mengawal para ADUN tersebut?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808