Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

GANGGUAN TERHADAP KERAJAAN PN MENGENDUR

$
0
0
Gangguan PH Plus terhadap kerajaan PN semakin mengendur malah menunju pengakhiran untuk penggal ini apabila Tun Dr Mahathir mengumumkan "keluar" daripada PH.

PH Plus yang dianggotai PKR-DAP-PAN-Penyokong Tun dan Warisan serta UPKO mempunyai 107 ahli parlimen.

Tun kekal bersama DAP-PAN-Warisan-UPKO dengan jumlah MP 68.

Perbalahan antara Tun dan Anwar berkaitan siapa PM-9 menjadi utama keretakan PH Plus.

Sebenarnya, dengan mengendurnya gangguan PH Plus terhadap Kerajaan PN, ada lah baik untuk rakyat dan negara.

Seluruh rakyat terkesan dengan wabak coronavirus (Covid-19), ekonomi negara terjejas yang berimplikasi kepada meningkatnya pengangguran.

Kerajaan PN mencuba sedaya upaya memulihkan perekonomian, termasuk suntikan pakej stimuli sebesar RM295bilion.

Kejayaan kerajaan PN mengurus Covid-19 bukan sahaja mendapat perhatian positif daripada rakyat negara ini malah antarabangsa.

Boleh dikatakan, sejak negara merdeka, pertama kalinya adanya kerajaan yang bertindak fungsional, bermatlamat menjaga rakyat tanpa kecuali.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808