Penulis difahamkan, jumlah kerusi mudah bagi menubuhkan kerajaan negeri mencukupi, hanya menunggu ketika dan masanya sahaja.
Walaupun pada masa ini, PN Sabah hanya mempunyai 17 ADUN, akan tetapi akan mendapat sokongan 17 ADUN bebas.
Jumlah minimum yang diperlukan menubuhkan kerajaan negeri adalah 33 kerusi DUN.
Penulis difahamkan 14 ADUN Warisan dan UPKO sedikit masa lagi akan mengistiharkan kedudukan mereka sebagai ADUN bebas mesra kerajaan Perikatan Nasional.
Sebelum ini tiga ADUN telah mengistiharkan kedudukan mereka sebagai ADUN bebas