Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

TERDESAKNYA SHAFIE

$
0
0
KERAJAAN Warisan pimpinan Datuk Shafie Afdal, hanya mampu bermain persepsi, untuk tujuan politik, kerana mereka sedar selepas memerintah negeri selama 2 tahun, sokongan rakyat terhadap kerajaan negeri merudum dengan teruk sekali.

Tergambar sangat, setiap kali sidang media Shafie yang dikongsi menerusi laman facebook beliau, hampir 90 peratus yang mengikuti siaran tersebut memberi emoji marah (bawang merah).

Kemarahan majoriti rakyat bertambah-tambah lagi, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana wabak Covid-19, khususnya berkaitan dengan Pakej Bantuan Covid-19 Negeri Sabah.

Sejak tumbangnya Kerajaan PH termasuk negeri-negeri yang dikuasai, telah diuar-uarkan bahawa Kerajaan Warisan juga bakal tumbang telah menghantui kerajaan Warisan.

Kemungkinan Kerajaan yang dipimpin Shafie tumbang dalam masa terdekat, apabila tiga ADUN menyokong Shafie telah membuka jalan dan mengistiharkan sebagai ADUN bebas akan tetapi mesra Kerajaan Campuran Tan Sri Muhiyiddin Yassin.

Rasa gelisah dan kebimbangan Shafie, menuju puncak, apabila tuduhan terhadap Tan Sri Musa Aman yang berjalan hampir 2 tahun, akan tetapi tidak melepasi perbicaraan semasa era Kerajaan PH, dibebaskan dan dilepaskan, kerana mahkamah mendapati semua pertuduhan tersebut tidak berasas.

Didapati juga, selepas 9 Jun, 2020, Shafie telah 2 kali mengumpul semua wakil-wakil yang menyokong beliau, untuk menafikan bahawa kerajaan beliau bakal tumbang.

Mungkin Shafie memikirkan walaupun masih berjaya mengumpulkan semua wakil-wakil rakyat yang menyokong beliau, tetapi tidak mampu memberhentikan atau mengawal para wakil rakyat menolak kepimpinan beliau, kerana beliau sedar, sebahagian sokongan itu hanya diluaran.

Kebimbangan Shafie bertambah-tambah lagi, apabila gerakan menumbangkan Kerajaan Campuran Tan Sri Muhiyiddin Yassin tidak akan kesampaian.

Sebagai tindakan preemtif, Shafie cuba mempermainkan anggapan wakil rakyat yang bakal berpindah berjemaah tersebut, untuk membuat pertuduhan baharu terhadap Tan Sri Musa.

Shafie mungkin terlupa, tidak selamanya mengunapakai persepsi akan berjaya, kerana permainan persepsi biasanya berjaya hanya sekali sahaja.

Mungkin pertimbangan Shafie, adalah, selepas pertuduhan jenayah terhadap Tan Sri Musa Aman 2 hari menjelang mahkamah memutuskan saman Musa terhadap TYT dan Shafie pada 7 November, 2018, mahkamah menolak saman tersebut, maka pada kali ini, kerana ketiadaan tuduhan jenayah, maka bertindak melakukan saman sivil, sebagai tindakan mengawal atau mempengaruhi keputusan Mahkamah, kerana semakin dekatnya Mahkamah Persekutuan mendengar dan memutuskan Siapa Ketua Menteri Sah Sabah.

Jika membaca, ulasan segera Musa terhadap saman sivil yang dilakukan oleh Yayasan Sabah, ketara sangat ianya bermotif politik, kerana dihebahkan melalui sidang media, sedangkan, jika memang saman itu mempunyai merit, maka surat saman dihantar kepada yang disaman, kecuali lah yang disaman itu tiada alamat yang diketahui, tiada peguam yang diketahui alamatnya.

Tujuan sidang akhbar, hanya satu, agar saman tersebut disebarkan secara meluas untuk diketuai semua orang, termasuk bukan rakyat negara ini.

Jika benar lah saman Yayasan Sabah tersebut mempunyai kebenaran, maka pengertian saman sivil, adalah untuk mendapatkan semula kerugian yang dimaksudkan. Kalau mahkamah memutuskan saman itu berpihak kepada penyaman, maka orang yang kena saman perlu membayar jumlah yang dituntut.

Melihat Saman yang dilakukan Yayasan Sabah, menampakkan bahawa Lembaga Pengarah yayasan digunakan sebagai alat politik Shafie semata-mata untuk menggamit persepsi negatif terhadap Musa.

Tidak terfikir kah Lembaga Pengarah Yayasan Sabah juga berhadapan saman sivil menutut ganti rugi, yang jumlahnya boleh mencecah bilion ringgit.

Musa dalam tindakan segera terhadap saman tersebut, menafikan sekeras-kerasnya sebarang salah laku sejak 2003-2018.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808