KALAU bukan kerana PKP, degup jantung Datuk Shafie Apdal yang semakin cepat tidak perlu menunggu 9 Jun.
9 Jun, adalah hari yang tidak akan boleh dilupakan oleh Presiden Warisan itu, kerana hari itu lah bermulanya gelisahan, gelabah, denyut jantung semakin cepat, sehinggakan perlu menelan ubat penenang.
Sejak 9 Jun, dua kali sudah Shafie memanggil wakil-wakil rakyat untuk menggambarkan tanda sokongan kepada beliau.
Menerusi 2 sidang akhbar, di muka Shafie tergambar kegelisahan, kebimbangan, tergambar beban yang luar biasa berat, sehinggakan hujah beliau bukan sahaja ke laut, tetapi banyak yang mencarut, sama sekali tidak mewakili status “Ketua Menteri”.
Rupanya, kalau kedudukan “Ketua Menteri” yang tidak sah, apabila berdepan dengan isu besar, tergambar sangat bahawa seseorang yang tiada kelayakan menyandang jawatan tersebut akan kelihatan seperti tikus basah, berlagak seperti harimau, malangnya hanya kucing.
Shafie selepas menghina rakyat semasa sidang dewan undangan negeri pada April, tidak sampai 2 bulan merayu-rayu menggunakan rakyat minta nyawa, sedangkan fakta menunjukkan bahawa rakyat bukan lah keutamaan beliau.
Mengapa 9 Jun menjadi titik kegelisahan Shafie? Sebabnya usaha beliau dan rakan-rakan beliau selama 22 bulan menerusi kerajaan Pakatan Harapan mengananya Bapa Pembangunan Moden Sabah, Ketua Menteri yang memartabatkan rakyat dan negeri Sabah, Ketua Menteri yang mengeluarkan Sabah dan rakyatnya daripada lembah kemiskinan, Ketua Menteri Sabah yang mengumpulkan simpanan kewangan Sabah berbilion ringgit, Ketua Menteri Sabah yang mampu mengekalkan hutan simpan Sabah sehingga 1.87juta hektar, Ketua Menteri yang meningkatkan ekonomi Sabah 2 kali ganda sehingga RM80bilion, bebas dan dilepaskan daripada semua pertuduhan tidak tidak berasas.
Cuba bayangkan sejak November, 2018 sehingga sebelum PKP kerana wabak Covid-19, Tan Sri Musa Aman perlu naik turun mahkamah untuk berhadapan dengan 51 tuduhan yang tidak masuk akal. Satu perkara lagi tuduhan terhadap Musa, tidak sampai ke peringkat bicara pun, dan semua itu berlaku semasa di bawah hidung kerajaan PH, peguam negara lantikan kerajaan PH, Menteri yang jaga undang-undang adalah Pengerusi Parti Warisan, pun demikian, tidak mampu lepas membawa Musa dibicarakan.
Kenapa semua itu berlaku, kerana satu perkara- Tuduhan terhadap Musa tiada asas untuk diteruskan, tiada asas untuk dibicarakan. Membicarakan Musa hanya membuang masa mahkamah, tiada asas undang-undang yang boleh digunapakai kepada semua pertuduhan, pertuduhan yang dirasik-rasik, seperti layaknya perbuatan penagih dadah.
Kerana persengkokolan memalukan Musa, memalitkan imej buruk, akhirnya terlerai, kerana Peguam Negara yang tidak berpihak mendapati semua pertuduhan terhadap Musa, sepatutnya tidak wujud, kerana semua pertuduhan tersebut sudah dileraikan sejak tahun 2012 lagi, bukan sahaja oleh perundangan Malaysia, juga negara luar Hong Kong. Dan satu perkara yang sejelas-jelasnya, Musa tidak terlibat pada sebarang salah laku jenayah.
Kata orang, berani kerana benar, takut kerana salah, benar tetap benar, salah tetap salah. Keadaan ini lah yang menyebabkan Shafie seperti cacing kepanasan sejak 9 JUN!!!!.