1. Bagai mana Jose Ugaz (warga Peru) mengajar Malaysia berdepan dengan rasuah? sedangkan negaranya dilanda rasuah kronik. Kedudukan Peru berada di tangga 85 daripada 175 negara (kedudukan ke bawah menunjukkan teruknya rasuah di negara berkenaan), sementara Malaysia kedudukan 50 dan kedudukan pertama Denmark, sementara Singapura ke-7, Australia-11, UK-14 dan Amerika Syarikat 17, di negara-negara Asean, Singapura pertama dan di kedudukan ke-2 Malaysia.
2. Jose Ugaz Presiden TI, datang ke Malaysia berucap pada persidangan TI hanya bertujuan menghina Malaysia, tidak bercakap benar, dan tidak berasaskan fakta.
3. Timbul kecurigaan, bahawa warga Peru itu dibayar untuk bercakap memburukkan Malaysia, khususnya Perdana Menteri, berkaitan sumbangan penderma budiman daripada Timur Tengah.
4. Tiada bukti bahawa Perdana Menteri mengambil dana awam, atau wang rakyat. SPRM telah mengesahkan bahawa dana daripada arab tersebut tiada kaitan dengan syarikat 1MDB yang dijadikan kambing hitam oleh berbagai pihak bagi memburuk imej DS Najib Razak.
5. DS Najib Razak telah dihukum melalui media. Mereka menjadi hakim dan pendakwa sekaligus, sehingga lunas-lunas undang, seseorang itu tidak bersalah selagi belum dihukum oleh mahkamah.
6. Tun Dr Mahathir, Lim Kit Siang dan pihak-pihak tertentu telah melantik diri mereka sebagai Hakim dan pendakwaraya, kini warga asing Jose Ugaz juga menyertai mereka.
7. Rupanya pembocoran derma kepada Perdana Menteri merupakan satu komplot yang melibatkan rakyat negara ini dan asing, bagi menjatuhkan DS Najib dan memburukkan kerajaan Malaysia.