1. Satu ketika, Parti Pas menafikan adanya bai'a dalam parti itu, di mana dalam bai'a itu termasuklah bercerai dengan talak tiga. Namun, berikutan penubuhan parti serpihan Pas melalui Gerakan Harapan Baru (GBH) yang diketuai Mat Sabu- Mantan Timbalan Presiden Pas yang gagal mempertahankan jawatan, maka para wakil rakyat yang menyertai parti serpihan itu terpaksa menerima hakikat (bagi wakil rakyat lelaki) bahawa mereka terpaksa menceraikan isteri-isteri mereka dengan talak tiga. Talak tiga tidak boleh rujuk semula, jika mahu kembali si isteri-isteri perlu berkahwin dengan orang lain, sehinggalah dicerikan semula atau kematian suami baru, barulah boleh dinikahi oleh bekas suami.
2. Bagi mantan pemimpin Pas yang terpaksa bercerai atas sebab bai'a, mungkin ada di kalangan mereka, bagaikan mengantuk di sorongkan bantal, inilah peluang kahwin dengan daun muda.
3. Islam tidak menggalakkan kehancuran keluarga, islam juga benci kepada pemimpin atau individu tidak jujur dan mungkir janji. Mungkin inilah yang mahu diterapkan oleh Pas melalui bai'a, namun atas sebab nafsu manusia, bai'a atas nama Allah, urusan kemudian, yang penting urusan duniawi. Inilah yang berlaku kepada kumpulan Mat Sabu. Mereka boleh mempermainkan Allah, apatah lagi manusia.
4. Rakyat Malaysia terutama yang beragama islam, perlu melihat dan menilai, jenis apa para pemimpin GHB yang diketuai Mat Sabu. Kumpulan ini selain mempermainkan agama, menikam parti mereka, akan tetapi yang paling teruk sanggup diperkudakan oleh DAP, bagi membantu parti itu mendapat undi kaum islam.
5. AYT tidak ingin campur dalam urusan peribadi, termasuk mencerikan isteri dengan talak tiga, akan tetapi AYT ingin mengajak pembaca dan rakyat untuk menilai sendiri, jenis apa para pemimpin GHB yang diketuai Mat Sabu.