TINDAKAN PH Plus mengasak kerajaan campuran (PN) yang diterajui Tan Sri Muhiyiddin Yassin (TSMY) supaya tumbang secara tidak langsung menggambarkan bahawa pakatan itu mahu transmisi covid-19 di negara tersebar meluas dan bebas.
Situasi itu berlaku, apabila terpaksa diadakan PRU-15 secara mengejut sebagai penyelesaian kemelut politik dalam negara.
Jika PRU-15 mengejut terpaksa diadakan, maka situasi seperti di Amerika Syarikat (AS), walaupun pendekatan yang berbeza, akan tetapi sitauasi yang sama, iaitu membiarkan covi-19 bergerak bebas antara individu ke individu. Di AS transmisi bebas bukan kerana pilihanraya, akan tetapi menerusi tunjuk perasaan/protes seluruh negara yang bertukar kepada keganasan kerana hanya kerana kematian seorang penduduk kulit hitam-George Floyd oleh polis kulit putih negara itu.
Gerakan menumbangkan kerajaan TSMY dimulai oleh MP Sri Gading-Datuk Dr Shahruddin Md Salleh pada 4 Jun, 2020 apabila meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya. Selepas meletakkan jawatan beliau segera berjumpa Tun Dr Mahathir, yang mana pada pagi itu telah mengadakan perjumpaan dengan Lim Guan Eng, Anthony Loke daripada DAP, Datuk Shafie Apdal-Warisan, Mat Sabu-Pan dan Dato Mukhriz Mahathir (Ex-Bersatu). Semasa perjumpaan itu sebuah video dimuat naik di tweeter Tun, yang diiringi lagu Bersatu dan catitan Selamat Kembali.
Gerakan menumbangkan kerajaan TSMY diperkuat lagi apabila pada malam Khamis itu, Dato Seri Anwar Ibrahim mengadakan perjumpaan dengan Lim Guan Eng, Anthony Loke, Mat Sabu dan Dato Saifuddin Nasution Ismail di kediaman Presiden PKR tersebut.
Esoknya, 5 Jun, sepatutnya, Tun akan mengumumkan bahawa Kerajaan TSMY kehilangan sokongan majoriti, kerana dikatakan seorang MP dan menteri daripada kem TSMY akan menukar sokongan. Jika itu berlaku, maka secara matematik jumlah yang menyokong TSMY hanya berbaki 111.
Walau bagai mana pun, pengumuman MP dan menteri tersebut tidak seperti mana yang diharapkan atau seperti mana perancangan sebelumnya, kerana MP dan menteri tersebut membuat pendirian sebaliknya, malah berikrar tidak akan sesekali meletakkan jawatan atau menarik sokongan terhadap TSMY.
Kerana gerakan PH Plus terbantut, maka PC Tun yang dijadualkan petang itu diteruskan juga, akan tetapi bertukar sebagai PC yang menghentam kerajaan TSMY dengan berbagai dakwaan, seperti menambak peluru kapur di merata tempat.
Gerakan PH Plus bertambah malang lagi, apabila seorang MP PKR daripada Sarawak, iaitu MP Lubok Antu-YB Jugah Muyang mengumumkan keluar daripada parti mengistiharkan diri sebagai bebas, akan tetapi mesra kerajaan PN dan GPS.
Dengan pertambahan seorang MP bebas, kedudukan kerajaan yang menyokong TSMY kekal dengan 113MP dengan mengambilkira kedudukan MP Sri Gading bertukar kedudukan ke PH Plus, walaupun dalam surat beliau kepada Perdana Menteri, kekal menyokong kerajaan PN. Tindakan tersebut, sebenarnya hanya “perangkap” kepada PN, kerana apabila ada pengundian, undi akan diberikan kepada PH Plus.
Untuk sementara, usaha PH Plus, selain menumbangkan kerajaan TSMY dan transmisi bebas covid-19 masih terkawal, tetapi sampai bila???