KERAJAAN perlu melaksanakan tanggungjawab maqasid syariah iaitu menjaga kesihatan rakyat dan masa yang sama perlu memastikan sektor ekonomi berjalan.
KKM telah sediakan SOP untuk dipatuhi sektor ekonomi terlibat dan hanya tunggu pelaksanaan.
Isunya ialah adakah rakyat mampu untuk mendisplinkan diri memathui SOP yang telah dikeluarkan KKM?
Kepatuhan sosial untuk menjadikan norma-norma baharu sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian.
Rakyat perlu terima dan mengamalkan norma-norma baharu seperti penjarakan sosial dan kerap basuh tangan dan duduk di rumah jika tiada urusan penting.
Covid-19 akan berada lama dalam masyarakat selagi vaksin penawar tidak ditemukan.
Fungsi pemimpin semasa berperang dengan virus ini, untuk memberi penerangan di kawasan masing-masing agar rakyat mematuhi SOP yang dikeluarkan dari masa ke semasa sehingga lah vaksin penawar dijumpai.