SEMALAM PM umumkan mulai 4 Mei 2020, Malaysia akan masuk fasa PKP bersyarat. Maknanya hampir semua sektor ekonomi akan dibuka dan orang akan mula bekerja. Katanya, ekonomi perlu bergerak. Kalau teruskan MCO, Kerajaan rugi banyak (RM63bilion sejak 18 Mac).
Penulis, Kerajaan terdesak. Bukan senang nak balance kan ekonomi dan risiko pandemik. Beliau pun cakap, kalau ada gelombang baru, Kerajaan dah bersedia. Banyak katil dan hospital dah dibuka. Ini menunjukkan satu, Kerajaan terpaksa memilih kelangsungan ekonomi daripada impak kesihatan awam. Apa yang dibuat sekarang, ialah persediaan menghadapi gelombang baru.
Memang ramai yang masih takut. Kerana ketakutan itu, maka menganggap keputusan kerajaan tersebut pra-matang.
Mungkin atas faktor sains dan data, masa puncak untuk negara sudah berlalu, dan kini masa pemulihan, walaupun kes harian belum mencatit single number, malah semalam, kes baru tidak termasuk kes import lebih tinggi berbanding yang sembuh.
Akan tetapi yang cukup membimbangkan masih ada kluster yang boleh jadi time bomb. Kluster pekerja asing.
Populasi pekerja asing dalam negara antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Kalau sektor ekonomi dibuka sepenuhnya, mereka inilah yang bekerja. Kita tengok Singapore, kes warga asing yang paling banyak, sampai mereka tak menang tangan sekarang.
Bukan tujuan menakut2kan, tapi tak salah kalau kerajaan berwaspada. Banyak negara lain yang kita boleh belajar. Contohnya di Jepun. Salah satu negerinya dah jadi rujukan seluruh dunia. Hokkaido antara yang terawal buat lockdown. Pertengahan Februari. Tak sampai sebulan, kes turun ke single angka. 2-3 kes sehari. Maka dibukanya ekonomi. Lepas 26 hari, ditutup balik. Sebab kes dan kematian makin meningkat. Gabenor nya pun menyesal buka awal.
Di New Zealand pula lain cerita. Walaupun kes dah langsung hampir tiada, PM nya masih umum buka ekonomi secara berperingkat. Ke level 3 dari level 4. Cuma 75% ekonomi dibuka dan orang asing masih lagi susah masuk border. Rakyat pula diberi masa 2 minggu untuk adjust ke new normal. Kes dah hampir takde pun, mereka masih berpada2.
Cara lockdown pun berbeza. Kat sana tapau pun tak boleh. Kena masak semua sendiri di rumah. PM nya means business. Menteri langgar lockdown pun kena dan disuruh letak jawatan. Strict daripada awal. Dia buat testing dan contact tracing punya banyak, lagi banyak dari UK. Walaupun populasinya lebih kecil. Maka boleh dicakap NZ dah menang lawan Covid-19.
Tapi PM nya masih ambil pusing. Katanya, NZ masih perlu berhati2. Kes baru boleh jadi balik bila2 masa saja nanti. Beliau kata kemungkinan NZ akan kekal lama dengan Level 3 lockdown. Impak ekonomi akan dipikirkan belakang.
Apapun, PM sudah buat keputusan, apa yang pastinya, memang kita kena menerima NORMA BARU/ABNORMAL. Displin kendiri paling penting. Ini pesanan saya pada diri sendiri. Kerajaan pun kena walk the talk. Jangan la Rakyat saja yang kena, VIP dan anak VIP pulak suka hati..
Makanya, nak taknak kita kena MENGHARUNGI Bersama2 gerakkan ekonomi dan bantu mana yang boleh. Kalau la kes naik balik, PM dah cakap petugas kesihatan dah sedia katil. Kita rakyat biasa, SELAIN BERDOA dihidarkan daripada MUSIBAH, part kita, sentiasa ikut SOP KKM... penjarakan sosial, kerap cuci tangan dengan AIR dan sabun.