Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

SITUASI COVID-19 DI MALAYSIA

$
0
0

Melihat pada graf, yang menjadi pilihan adalah garis biru dan kelabu. Apabila garis biru sentiasa di bawah garis kelabu, ertinya jumlah yang dicaj harian lebih tinggi berbanding kes positif harian. Sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac, hanya pada 8 April dan 9 April, 2 hari berturut-turut jumlah yang sembuh lebih tinggi berbanding kes baru, walaupun pada 6 April, berlaku lonjakan jumlah yang sembuh berbanding kes baru. Selama 23 hari PKP, hanya 3 kali, jumlah yang sembuh mengatasi jumlah kes baru.

Nampaknya, walaupun telah 23 hari PKP, rantai COVID-19 di negara kita belum berjaya diputuskan, namun berasaskan data harian, jumlah kes baru yang menurun, indikasi pemutusan rantai transmisi hampir berjaya diputuskan. Arugmentasinya adalah, kes harian, adalah hasil ujian beberapa hari yang lalu atau seminggu yang lalu. Jika esok, didapati trend 8 dan 9 April berterusan, berkemungkinan besar, negara kita hampir menang dalam peperangan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808