Rantai transmisi COVID-19 di negara kita belum putus, namun, seperti mana kenyataan DG KKM- Datuk Noor Hisham Abdullah, walaupun negara belum menang, akan tetapi juga belum kalah.
Pada Tabel, jika melihat kepada peratusan kematian cukup rendah, iaitu 1.58% daripada keseluruhan jangkitan positif, berbanding dunia 5.85%, Indonesia-8.5%, Filipina-4.98%; Amerika Syarikat-3.4%. Manakala peratusan penyembuhan, di antara negara-negara terpilih pada Tabel di atas, peratusan di negara kita adalah 38.03% berbanding dunia 22.05%, manakala Jepun 13.54%, Indonesia 7,65%.
Rendahnya peratusan kematian, dan tingginya peratusan penyembuhan, membawa erti, rawatan di negara kita cukup baik dan berkesan. Besar kemungkinan, kerana overload hospital rendah selain cukupnya tenaga yang mengendalikan rawatan.