Realitinya, Datuk Shafie Apdal tahu betul, punca Tun Dr Mahathir kehilangan jawatan dan terpaksa meletakan jawatan, kerana perbuatan pemimpin DAP dan PKR.
Pemimpin PPBM dan kumpulan Azmin, terpaksa memendam rasa selama 22 bulan. Kerana kesabaran itu ada batasnya, pada 23 Februari berlaku GERAKAN HOTEL SHERATON.
Shafie tahu betul, PH telah menukar calon PM-8 untuk dipersembahkan kepada YDP Agong, pun demikian masih menyokong PH.
Hanya kerana Dato Seri Anwar tidak mendapat sokongan majoriti, maka berlaku KEJUTAN PAGI SABTU (29 Febriari, satu tarikh yang akan berulang 4 tahun sekali), PH menukar calon PM-8 kepada Tun Dr Mahathir. Kerana pusingan U yang terhebat itu, maka Shafie menukar rentak, menggantikan sebutan menyokong PH kepada Tun.
Hakikatnya Shafie hanya mempergunakan nama Tun untuk mengabui mata rakyat, kononnya pendirian Warisan konsisten menyokong Tun, yang sebenarnya tujuan sebaliknya adalah mahu mengekalkan penguasaan DAP dan PKR.
Shafie tahu betul, Muafakat Nasional dan GPS secara terang-terangan tidak menyokong kerajaan yang ada elemen DAP, sebab itu cadangan awal Tun untuk membentuk Kerajaan Perpaduan termasuk melibatkan DAP, ditolak oleh MN dan GPS. Akibat penolakan itu, maka cadangan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional, terkubur sebelum lahir.
Shafie tahu betul (kecuali beliau tidak mengikuti perkembangan politik tanah air) kerana sibuk mengatur para kroni, bahawa parti Pas akan membawa USUL PERCAYA kepada Tun Dr Mahathir sebagai PM hingga tamat penggal Parlimen ke-14 pada sidang parlimen yang bermula 9 Mac, menurut jadual asal persiangan parlimen. Oleh kerana mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari, memutuskan, akan terus menyokong Tun sebagai PM, dan memberi kuasa penuh kepada beliau untuk menentukan sendiri, berkaitan kedudukan beliau sebagai PM, malah memberi isyarat, mungkin tidak berlaku peralihan kuasa PM, maka Pas mengumumkan untuk membatalkan cadangan USUL PERCAYA.
Shafie tahu betul PAS dan MN mahukan TUN sebagai PM sehingga tamat penggal. Kemudiannya jika hendak melibatkan MN dan Pas serta GPS mesti tanpa DAP.
Pada 5 Mac, pendirian Shafie dan sekutunnya terus menyokong Tun, pada hakikatnya, bukan lah demikian, sebaliknya mempertahankan PH, itu lah fakta sebenar.
Shafie mahu PH kembali berkuasa, sebab itu, akan menyokong USUL TIDAK PERCAYA kepada TSMY pada sidang parlimen akan datang. Kononnya sokongan semata-mata kerana Tun.