Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PPBM dan UMNO SABAH KENA ATUR STRATEGI SELAMATKAN KERAJAAN TSMY

$
0
0
MEMANG dalam rekod sekarang, Perikatan Nasional (PN) masih belum selamat, berikutan ancaman nyata daripada PH, serpihan PPBM, Warisan dan UPKO.

Semalam, Datuk Shafie Apdal, dengan nyata membuat pendirian, parti Warisan dan sektunya di Sabah mengistiharkan bakal menyokong menumbangkan kerajaan Persekutuan pimpinan TSMY. 

Sabah mempunyai 26 ahli parlimen termasuk WP Labuan. Daripada 26 tersebut, Warisan menguasai 9, DAP-3, PKR-2, UPKO-1, PPBM-6, UMNO-2, PBRS-1, PBS-1 dan STAR-1. 

Daripada 26 tersebut yang menolak TSMY 15, yang menyokong 11. 

Pengalaman pemimpin PPBM dan UMNO Sabah sudah tentu mempunyai strategi bagai mana mengatur menyelematkan kerajaan TSMY, menerusi penambahan sokong ahli parlimen daripada Sabah, walaupun kelihatannya agar sukar, akan tetapi dalam konteks politik Sabah tiada yang mustahil. 

Dalam senario sekarang, pemimpin Sabah yang berwibawa yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional termasuk mereka yang bukan ahli parlimen perlu berperanan sebelum Sidang Parlimen pada 18 Mei, 2020. 

Ramai pemimpin Sabah yang berwibawa yang boleh didekati oleh pemimpin PPBM dan UMNO Sabah untuk berperanaan, untuk membantu Kerajaan TSMY setidak-tidaknya menghabiskan Penggal Parlimen ke-14, yang hanya berbaki 36 bulan, sebelum PRU-15. 

Dalam senario sekarang, politik aras tinggi merupakan pilihan, bagi menyelamatkan Kerajaan Tanpa elemen DAP, bagi mengekalkan kerajaan yang mewakili demografi rakyat Malaysia. 

Semua pihak yang mahukan penguasaan politik oleh rakyat yang majoriti dikekalkan, perlu menjalankan peranaan, dan perlu mengatur gerak kerja sebelum 18 Mei.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808