TERKUBURNYA Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 24 Februari, 2019 akan melahirkan Kerajaan penjajaran baharu kemungkinan besar tanpa Warisan Sabah.
Diramalkan, wakil rakyat Sabah yang bakal dilantik ke dalam kabinet Persekutuan datangnya daripada Bersatu Sabah (termasuk kumpulan Dato Azmin Ali yang menyertai Bersatu secara enblok).
Pada Kerajaan PH lalu, wakil rakyat Sabah yang dilantik ke dalam kabinet Persekutuan semuanya daripada Parti Warisan Sabah.
Kedegilan pimpinan Warisan Sabah yang masih menganggap Bersatu Sabah sebagai pengancam kepada kedudukan parti itu, menjadi katalis bagi kerajaan PH2.0 untuk tidak melantik wakil rakyat daripada parti itu menyertai kabinet Persekutuan.
Kerajaan PH2.0 boleh dibentuk kerana mempunyai kerusi yang mencukupi, iaitu pada kedudukan sekarang; DAP=42, PKR=39, Bersatu=37 dan Amanah=11 yang berjumlah 129, melepasi keperluan majoriti mudah 112 daripada 222 kerusi parlimen Dewan rakyat.
Bagi kedudukan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, semakin kukuh, kerana mendapat dokongan daripada GPS-Sarawak dan juga Warisan Sabah.
Ini lah kali pertama sejak tahun 2008, kedudukan Perdana Menteri didokong 2/3 ahli Parlimen negara.