Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

TUN DR MAHATHIR MENGETUAI PAKATAN HARAPAN 2.0

$
0
0
BERBEZA dengan Pakatan Harapan yang telah berpecah, kini PAKATAN HARAPAN BARU dibentuk, mungkin dipanggil Pakatan Harapan 2.0 (PH2.0). Perbezaan antara PH dan PH2.0 cukup nyata, kerana PH2.0 dianggotai lima fraksi, iaitu DAP, PKR ORI, Bersatu, Amanah dan Reformasi. 

Orentasi PH2.0 merupakan penjelemaan atau penjajaran baharu, yang sama sekali tidak terikat dengan apa-apa yang dipersetujui pada PH asal. 

Kemungkinan besar orentasi PH2.0, tidak akan berkolaborasi dengan Warisan Sabah, tetapi kerajaan Sabah hanya dianggap sebagai kerajaan mesra PH2.0, seperti mana GPS (Sarawak) yang bersifat bebas terhadap kerajaan PH asal. Dengan kedudukan demikian, maka dalam kerajaan PH2.0 tidak lagi melibatkan Warisan dalam pemerintahan atau pentadbiran Persekutuan atau dengan kata lain, tiada lagi ahli parlimen Warisan bakal dilantik ke dalam kabinet Persekutuan, seperti mana halnya GPS Sarawak. 

Kerajaan PH2.0 tidak memerlukan kerusi Warisan, kerana pakatan 5 frkasi itu mempunyai majoriti mudah daripada 222 kerusi parlimen, iaitu berjumlah 129 kerusi, menerusi komposisi DAP=42, PKR=39, Bersatu=26, Amanah=11 dan Reformasi=11. 

Di Sabah seperti mana negeri-negeri yang tidak diperintah PH2.0, wakil rakyat komponen itu akan menjadi wakil rakyat pembangkang. 

Khususnya di Sabah, tidak pasti untuk parti PKR dan DAP apa kah akan ada perubahan sesuai dengan perkembangan terbaharu, kerana dua parti itu adalah sebahagian daripada kerajaan Sabah sesuai dengan kolaborasi dengan PH asal, manakala Bersatu yang juga komponen PH asal, dianggap oleh pimpinan Warisan sebagai lawan, meskipun para wakil rakyat parti itu cuba sedaya upaya sejak April,2019 untuk berkerjasama dengan parti pimpinan Datuk Shafie Apdal tersebut. 

Tembelang Warisan ternampak jelas, apabila memberi syarat sokongan kepada penjajaran baru kerajaan Persekutuan, iaitu perlu membubarkan Bersatu Sabah. 

Melihat kelibat pimpinan Warisan, rupanya parti itu hanya mahu berkolaborasi dengan komponen Pakatan Harapan, bukanya dengan induk kepada parti-parti tersebut. Kerana sifatnya selektif, maka parti komponen yang tidak disukai dianggap sebagai parti lawan. 

Sebenarnya, senario pecahnya Pakatan Harapan, telah membuka ruang dan peluang kepada Bersatu Sabah untuk bertanding di kawasan-kawasan yang ditandingi Warisan pada PRU akan datang. Jika ini berlaku, maka akan berlaku pertembungan berbagai penjuru, BN-Warisan-Bersatu. Terpulang kepada pengundi, parti mana yang dipilih atau diberi mandat.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808