Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

KERAJAAN PAKATAN HARAPAN AKHIRNYA RUNTUH

$
0
0
KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) hanya mampu bertahan 22 bulan selepas menubuhkan kerajaan pada 9 Mei, 2018.

Kerajaan PH kehilangan majoriti mudah, apabila PPBM dan 11 MP PKR keluar daripada pakatan tersebut. Ekoran itu, Perdana Menteri PH-Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan hari ini.

PH kini hanya dianggotai DAP, PKR dan Amanah dengan jumlah kerusi parlimen-92. Majoriti mudah daripada 222 kerusi Dewan Rakyat, adalah 112.

Dengan jatuhnya kerajaan PH, maka akan dibentuk kerajaan baru, yang dinamakan Pakatan Nasional. Pakatan Nasional (PN) adalah gabungan berbagai parti termasuk kumpulan Dato Seri Azmin Ali. 

PN disokong 126 ahli parlimen. Pecahan ahli parlimen tersebut adalah; BN=42, PPBM=26, GPS (Sarawak)=19, kumpulan Azmin=11 dan Warisan=9. Jika 4 parti Sabah yang masing-masing mempunyai 1 kerusi parlimen, iaitu PBS, UPKO, PBRS dan STAR serta MP bebas (Parlimen Batu, WP Kuala Lumpur), maka PN akan mempunyai 130 kerusi, kurang 18 kerusi untuk kuasa 2/3. Walaupun demikian, ianya sudah cukup membentuk kerajaan baharu.

Siapa kah bakal Perdana Menteri pakatan baharu tersebut, terpulang kepada YDP Agong, tentang siapa kah wakil rakyat dipercayai mendapat sokongan majoriti daripada ahli parlimen pakatan baharu tersebut.

Berlegar-legar cerita, Presiden PPBM-Tan Sri Muhiyiddin Yassin bakal dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8, atas cadangan Tun Dr Mahathir. Walaupun demikian, untuk pertimbangan YDP Agong, Bn turut menghantar cadangan nama untuk dipertimbangkan, iaitu YTM Tengku Razalegh Hamzah dan Dato Seri Hishamuddin Hussien.

Berlegar-legar cerita juga, kabinet yang bakal dibentuk, bakal mempunyai dua Timbalan Perdana Menteri, salah seorang bagi mewakili Sabah dan Sarawak. 

Jika kerajaan baharu menjadi kenyataan, maka untuk julung kalinya, kerajaan Persekutuan dikuasai oleh kumpulan bumiputera, sesuai dengan komposisi penduduk negara ini.

Kerajaan baru yang bakal dibentuk, bakal diuji pada Persidangan Dewan Rakyat bulan depan. Jika kerajaan tersebut disokong majoriti mudah, maka akan meneruskan pemerintahan. Jika sebaliknya, maka perlu kembali menghadap YDP Agong untuk memersembahkan keputusan ahli parlimen. Dalam situasi demikian, YDP Agong atas budibicara beliau boleh melantik wakil rakyat lain untuk membentuk kerajaan atau YDP Agong boleh membubarkan Dewan Rakyat untuk membuka ruang pilihanraya ke-15.

Perkembangan politik tanah air, seronok untuk diikuti, kerana selepas merdeka, senario kini julung kali berlaku.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808