Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

SHAFIE PERLU LUCUT JAWATAN CHRISTINA LIEW

$
0
0
JIKA Datuk Shafie Apdal masih menghormati undang-undang, walaupun sebelum ini mengarahkan Pengarah Jabatan Air Sabah meneruskan kerja UNTUK tidak mematuhi keputusan mahkamah berhubungan dengan perlantikan pengarah itu adalah tidak sah, lebih bersifat teknikal pentadbiran, namun beliau tidak dapat mengelak berkaitan kedudukan Christina kerana ADUN Api-Api dan MP Tawau itu, sebelum ini telah didapati bersalah oleh mahkamah, dengan bebanan RM577juta.

Rayuan Christina di Mahkamah Persekutuan (mahkamah tertinggi negara) telah ditolak dan diminta membayar kos RM30,000. 

Walaupun kos yang dikenakan mahkamah bukan denda ke atas Christina, akan tetapi kos perkara  di mahkamah melebihi RM2.000.00 akan tetapi tidak menyebabkan beliau kehilangan status sebagai wakil rakyat. 

Asas kepada desakan pelucutan jawatan daripada kerajaan, adalah berkaitan moral, kerana bebanan berjumlah RM577 juta ke atas Christina atas kapasiti peribadi bukan sedikit jumlahnya, selain bebanan itu ada unsur melanggar undang-undang,  maka untuk mengelak berlakunya persanggahan kepentingan, maka beliau tidak patut memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, apa tah lagi, kes beliau berkaitan dengan agensi kerajaan. 

Kerajaan tidak patut mempunyai menteri apa tah lagi Timbalan Ketua Menteri yang berhadapan dengan bebanan yang cukup besar, kerana ianya mengundang salah guna kuasa, malah boleh menjurus kepada tindakan menghalalkan cara. 

Sebuah kerajaan, bukan sahaja pemimpinnya perlu bebas daripada sebarang isu, akan tetapi perlu kelihatan bersih. 

Dalam segi politik pula, para pemimpin yang bernaung dalam Pakatan Harapan, khususnya parti-parti komponen dalam pakatan tersebut, perlu membuat pendirian berkaitan status Christina sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Sabah. Para pemimpin parti-parti perlu bertindak, termasuk meminta Christina mengosongkan jawatan sebagai Pengerusi, untuk mengelak imej negatif kepada pakatan tersebut.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808