Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

USUL SOKONGAN- SAYA SUDAH PM- TUN DR MAHATHIR

$
0
0
USUL sokongan di Dewan Rakyat yang bakal dikemukakan Parti PAS pada Persidangan Dewan Rakyat bulan depan, sebenarnya TIDAK perlu bagi Tun Dr Mahathir, kerana beliau sudahpun menjadi Perdana Menteri.

Usul sokongan atau undi percaya, sebenarnya sama dengan usul tidak percaya, hanya yang pertama menggunakan istilah sopan.

Ada dua kemungkinan berlaku pada USUL tersebut. Pertama, majoriti ahli Dewan menyokong atau sebaliknya. Jika majoriti ahli dewan menyokong, maka membawa pengertian, kerajaan off the day dapat meneruskan kerajaan. Sokongan itu juga membawa tafsiran, apa kah sokongan itu spesifik, iaitu hanya menyokong Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri atau kah menyokong kerajaan yang beliau pimpin. Jika sokongan itu hanya berbentuk pribadi, maka membawa erti, jika individu lain dilantik ke jawatan sama, apa kah juga mendapat sokongan? 

Mekanisme pemilihan Perdana Menteri dalam Pakatan Harapan, adalah ditentukan oleh Majlis Presiden, antara parti-parti yang berpakat dalam pakatan tersebut, iaitu-DAP-PKR-Amanah dan PPBM, bukan berasaskan kepada jumlah kerusi parlimen.

PH telah membuat persetujuan atau perjanjian, bahawa jika PH dapat menubuhkan kerajaan selepas PRU-14, Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri untuk tempoh dua tahun, sebelum Dato Seri Anwar Ibrahim mengambil alih. Tempoh dua tahun itu akan berakhir pada Mei tahun ini. Namun atas perkembangan semasa, masa peralihan itu dikatakan bakal berlaku selepas persidangan APEC pada November depan, yang mana Malaysia menjadi tuan rumah. Berasaskan kepada perkembangan tersebut, ramai yang mengatakan peralihan kuasa akan berlaku sebelum tahun 2020 melabuhkan tirai.

Namun, kerana politiking dalam negara, pihak bukan kerajaan cuba mempengaruhi peralihan kuasa antara pemimpin PH, apabila parti Pas bukan sahaja mencadangkan agar Tun Dr Mahathir perlu meneruskan jawatan sehingga tamat penggal, malah menyokong termasuk bakal mengemukakan usul pada persidangan Dewan Rakyat. Apa kah usul itu diterima, sangat bergantung kepada Speaker Dewan Rakyat.

Seharusnya, mana-mana pihak yang bukan sebahagian daripada kerajaan, perlu membiarkan parti yang sedang memerintah menentukan halatuju mereka, dan membiarkan mereka menamatkan penggal dengan cara mereka. Pihak pembangkang, hanya menumpukan kepada PRU-15, dan pada masa itu terpulang kepada rakyat atau pengundi, mana parti yang bakal membentuk kerajaan selepas PRU tersebut.

Mengubah kerajaan di pertengahan jalan menerusi komposisi yang berbeza, meskipun tidak melanggar prinsip demokrasi, akan tetapi cara itu melanggar aspirasi rakyat pada PRU-14.

Pihak pembangkang, jika mahu mendapat sokongan rakyat, perlu memberi tahu rakyat, tentang kelemahan kerajaan off the day, memberikan alternatif yang lebih baik kepada rakyat, jika mereka dapat membentuk kerajaan.

Memang, tempoh 5 tahun adalah tempoh yang cukup samada memudaratkan perekonomian negara atau sebaliknya. Rakyat kena akur, apapun kejadian yang berlaku dalam negara, kerana itulah pilihan mereka pada PRU-14.

Kuasa rakyat adalah kuasa mutlak dalam demokrasi. Jika rakyat merasa bahawa kerajaan yang mereka pilih pada PRU-14 memudaratkan mereka, maka pada PRU-15, ditangan mereka menentukan kerajaan baharu.

Apa masalahnya menunggu PRU-15? dan membiarkan PH menentukan cara mereka memerintah selama sepenggal?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808