Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

RAKYAT WAJAR DAPAT KERAJAAN YANG LEBIH BAIK

$
0
0
RAKYAT tidak seharusnya dikorbankan kerana diperintah oleh kerajaan yang tiada visi, kerajaan yang hanya tahu berhujah, akan tetapi tiada tindakan yang berimpak kepada rakyat.

Rakyat tidak perlu dinafikan berkaitan hak-hak mereka, seperti peluang-peluang ekonomi, peluang-peluang pekerjaan, menikamti harga barangan keperluan harian yang berpatutan, selain kemudahan-kemudahan asas, seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik, jalan-jalan raya, juga yang tidak kurang penting adalah keselamatan, selain tidak terus dilanda banjir apabila hujan lebat turun.

Sejak perubahan kerajaan 20 bulan lalu, rakyat Sabah hanya dimomokan dengan menghalalkan PATI, menerusi pemberian Pas Sementara Sabah (PSS). Kalau lah tiada PRK Kimanis, pelaksanaan PSS sudah tentu bermula pada 1 Jun, 2020.

Kerajaan pimpinan Warisan begitu serius melaksanakan PSS, kerana semasa tempoh kempen PRK Kimanis, ianya dipertegas lagi menerusi kenyataan akhbar Menteri Dalam Negeri. Namun, sebagai impak kepada keseriusan kerajaan Warisan tersebut, pengundi Kimanis khasnya, telah menolak calon kerajaan daripada Warisan, malah pada PRK tersebut, salah satu DUN yang dimenangi parti itu pada PRU-14, turut ditawan semula. Juga pada PRK tersebut, jika melihat jumlah undi di setiap DUN Parlimen Kimanis, dua-duanya ditawan oleh Barisan Nasional.

Ketua Menteri Sabah, dalam setiap kesempatan berdegar-degar berhujah, menyalahkan kerajaan lalu, sebagai tindakan menutup kelemahan sendiri, sedangkan data menunjukkan bahawa kerajaan lalu telah mewariskan RM3.74bilion wang simpanan kerajaan negeri, telah mewariskan 1.87juta hektar hutan simpan, telah mewariskan kadar kemiskinan 1.6%, malah telah mewariskan rekod kewangan tanpa teguran dariada Ketua Audit Negara, serta status kewangan negeri berstatus AAA daripada penarafan kewangan Antarabangsa, Standard & Poor.

Kini, selepas 20 bulan memerintah Sabah, pembalakan haram berleluasa, sedangkan sebaik sahaja mengambil tampuk kerajaan menerusi pintu belakang, telah mengaktifkan pemantau pembalakan haram di Jabatan Ketua Menteri, namun, keberkesanan pemantau itu diragui, kerana pada rabu minggu lalu, di Long Mio, Sipitang didapati 1,700 batang kayu balak telah ditebang daripada hutan simpan kawasan SFI.

Shafie, semasa berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina, Keningau, menuduh kerajaan lalu membalak di kawasan-kawasan Nabawan, kononnya ratusan ribu ekar, namun sebelum ini, tiada rongotan penduduk di kawasan tersebut, malah semasa PRU-14, Dun Kemabong, Sook, Nabawan dimenangi calon Barisan Nasional, malah di Dun Melalap dan Dun Liawan, bukan isu pembalakan, akan tetapi calon.

Rakyat Sabah tahu betul, semasa era kerajaan lalu, jarang betul terdapatnya lori-lori balak didapati dijalanan, termasuk pada pertengahan tahun lalu, terdapatnya berpuluh-puluh lori balak terjebak di jalan raya, kerana berlakunya kemalangan lori membawa balak.

Semasa era kerajaan lalu, tiada kuasa mana-mana pemimpin meluluskan pembalakan, kerana kuasa itu ada pada DUN Sabah. Kerana kuasa tersebut, maka pembalakan sangat minimum sekali, maka sebagai impaknya, jika pada tahun 2002, keluasan hutan simpan Sabah hanya 838 ribu hektar, pada tahun 2017 telah meningkat kepada 1,870 ribu hektar (1.87juta hektar), meningkat 1,032 ribu hektar atau 123.15%, atau purata 8.21% setiap tahun selama 15 tahun.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808