Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Kena Ingat Siapa Menyokong Kita: Zahid

$
0
0
1. Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Zahid Hamidi mengingatkan para pemimpin, bahawa mereka kena bermuhasabah dan perlu ingat siapa yang menyokong mereka menjadi pemimpin, kerana kegagalan sesebuah parti atau organisasi atas sebab pemimpin yang dipilih melupakan siapa yang menyokong mereka. "Yakinlah tiada siapa yang boleh menyokong kita menjadi pemimpin, kecuali oleh penyokong setia kita"

2. Ujian akan datang jika para pemimpin yang diberi amanah oleh penyokong, kemudian melupakan mereka yang menyokong. Untuk itu, Zahid mengesa, agar semua pemimpin agar bermuhasabah diri dan kembali kepada janji-janji mereka sebelum menjadi pemimpin. Beri perhatian dan bela lah mereka yang menyokong, kerana melalui mereka lah seseorang menjadi pemimpin.

3. Nasihat Timbalan Perdana Menteri diluahkan semasa merasmikan Persidangan Bahagian Hulu Terengganu pada Jumaat bertempat di Dewan Akademi Binaan Malaysia, Hulu Terengganu.

4. Dalam perkembangan yang sama, Zahid mengingatkan ahli Umno agar terus menyokong ketua, kerana kesetiaan dan sokongan kepada ketua akan bermakna jika ketua yang berdepan dengan berbagai cabaran terus disokong agar dapat mengembalikan kekuatan demi parti tercinta.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808