Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

SICC-HASIL KERJA MUSA-MEMBANGGAKAN SHAFIE

$
0
0
KATA peribahasa TAK KENAL MAKA TAK CINTA. Sebelum PRU-14, para pemimpin parti Warisan khususnya Datuk Shafie Apdal mengecam pembinaan SABAH INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (SICC) yang dibina Yayasan Sabah dengan kos RM1bilion di Teluk Likas, Kota Kinabalu, kononnya satu pembajiran dan tidak seginifikan kepada kemajuan dan pembangunan Sabah.

Namun dua hari lalu, apabila melawat pusat tersebut bersama dengan 2 Timbalan beliau selama 1 jam, bukan sahaja memuji reka bentuk pusat tersebut, tetapi menganggap SICC merupakan satu tarikan unggul bagi Sabah dan pembinaan pusat seumpama itu merupakan satu perancangan ke depan bagi merancakkan perekonomian Sabah.

Malah Shafie memuji SICC satu senibina yang unik berbanding dengan pusat-pusat serupa di Hongkong, Singapura atau Thailand.

Shafie dengan bangganya mengumumkan pada Februari depan, pusat itu dibuka secara rasmi, dan acara pertama bakal diadakan adalah Musabaqah Al-Quraan peringkat Kebangsaan.

Hakikat perlu diterima sejak tahun 2003, apabila dilancarkan HALATUJU Pembangunan & Kemajuan Sabah oleh Ketua Menteri ke-14 Sabah-Datuk Musa Aman (kini Tan Sri) telah melihat potensi Sabah di rantau ini, khususnya gugusan BIMP-EGA kerana keunikan Sabah.

Pusat seperti SICC bukan sahaja menjadi tarikan persidangan antarabangsa, akan tetapi juga tarikan pelancongan, namun apa yang pasti, pembukaan pusat itu mempunyai "spillover" kepada aktivti perekonomian, khususnya peruncitan.

Shafie beruntung, kerana peninggalan kerajaan era Musa, memudahkan beliau dan parti beliau melawat, merasmi, dan seterusnya menggunakan infra yang telah disediakan.

Mungkin kerana silau mata, walaupun Shafie memerintah Sabah lebih 20 bulan, setakat ini, tiada HALATUJU jelas berkaitan pembangunan & Kemajuan Sabah, malah pada tahun 2018, ekonomi Sabah merudum kepada 1.5% berbanding tahun 2017-8%.

Ada lah diharapkan agar Kerajaan Warisan dapat memaksimakan pengunaan infra yang disediakan oleh kerajaan Era Musa, dan jangan sampai, seperti KERA MENDAPAT BUNGA!!!.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808