1. Niat Bersih mahu tumbang pemimpin melayu. Niat Bersih memalitkan kepimpinan melayu dengan berbagai keburukan. Niat Berish mengumumkan kepada dunia, bahawa pemimpin melayu bobrok. Niat Bersih mahu menunjukkan kepada dunia tidak mampu mentadbir negara.
2. Siapa dalang Bersih? mereka terdiri daripada kumpulan radikal yang menghalalkan cara. Mereka terdiri daripada agent barat yang berjuang ke sama rataan antara manusia. Mereka berselindung di bawah hak asasi manusia, namun mahu mencapai tujuan dengan cara kekerasan, cara jalanan, bercanggah dengan prinsip demokrasi. Mereka kononnya bertindak berasaskan kebebasan bersuara, melalui pelanggaran undang-undang sesebuah negara.
3. Perjuangan mereka bukan berlandaskan demokrasi, bukan berlandaskan demokrasi berparlimen. Mereka mahu mengheret rakyat bertindak ganas, mereka menghasut rakyat agar melawan dan seterusnya menumbang kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
4. Melalui pilihanraya, rakyat menolak mereka, meskipun mereka cuba memperdaya rakyat dengan tipu helah, memperdaya rakyat dengan pembohongan, namun mereka tetap gagal, kerana niat mereka kotor, walaupun meminjam perkataan bersih.
5. Niat mereka mahu mengwujudkan kerajaan yang diletakkan oleh kuasa jalanan, bukan kuasa rakyat. Mereka mengupah rakyat untuk ikut serta tindakan mereka melalui dana yang diberikan oleh agen asing, bagi menumbangkan kerajaan pilihan rakyat, kerajaan yang dipimpin melayu.
6. Mereka telah mencuba sebanyak 3 kali, ketiga-tiganya diketuai oleh Anwar Ibrahim, pemimpin yang dua kali dimasukkan dalam penjara kerana masalah moral.
7. Kali ini, Bersih4.0 tanpa Anwar, tetapi diketuai oleh pemimpin radikal lain Lim Kit Siang. Apa kah akan mendapat sambutan? mungkin ya kerana dana untuk menggerakan Bersih4.0 sudah jutaan ringgit.
8. Yakinlah Berish merupakan satu entiti perniagaan yang digunakan untuk mendapatkan kuasa.