Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

TUN DR MAHATHIR BERI BAYANGAN KEKAL PM LEBIH LAMA DARI JANGKAAN

$
0
0
Tun Dr Mahathir memberi bayangan akan kekal sebagai Perdana Menteri lebih lama daripada jangkaan.

Pada 10 Disember dalam temubual dengan Reuters, beliau membayangkan akan meletakkan jawatan selepas persidangan APEC yang berlangsung di Malaysia pada November, 2020, namun pada hari ini di Doha, Qatar, apabila ditanya berkaitan kenyataan awal beliau itu, sekali lagi beliau membangkitkan bahawa kekekangan beliau melepaskan jawatan adalah penyelesaian masalah-masalah negara. Beliau mahu melepaskan jawatan kepada pengganti beliau apabila isu-isu dalam negara selesai.

Sebelum ini, Perdana Menteri ke-7 itu beliau memerlukan sekurang-kurangnya 3 tahun untuk menyelesaikan masalah-masalah negara, ini bererti beliau akan kekal sehingga Mei,2021. Selain itu, beliau juga membayangkan akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri sebelum PRU-15. Penggal ke-14 parlimen akan tamat pada Mei,2023.

Sebenarnya, rakyat secara umum, lebih berminat seorang Perdana Menteri diberikan masa sekurang-kurangnya sepenggal, bukannya berlaku pergantian di pertengahan penggal. Lagipun, tidak pernah berlaku di negara ini, jawatan Perdana Menteri kurang sepenggal, melainkan di atas sepenggal.

Sesiapa sahaja Perdana Menteri perlu merainya menerusi pilihanraya umum, bukannya hanya menyambutnya. 

Dalam isu pergantian Perdana Menteri, hanya para penyokong Dato Seri Anwar yang mahu pergantian dilaksanakan segera, manakala di pihak Azmin Ali menginginkan agar tidak berlaku pergantian Perdana Menteri untuk penggal ke-14 parlimen ini. Faktor-faktor ini, yang mendorong jangkaan jawatan PM-7 akan kekal selepas tahun 2020.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808