1. Walaupun telah tiga kali Bersih turun ke jalan sejak tahun 2007, kali inilah kerajaan kelam kabut, sehingga pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata akan mengambil alih tugas polis jika keadaan tidak terkawal.
2. Walaupun tanpa kehadiran Anwar Ibrahim sebagai mascot demonstrasi jalanan, nampaknya himpunan berish 4.0 di atas kertas nampak hebat, kerana diatur dengan baik kerana dana yang diperolehi penganjur mencecah jutaan ringgit.
3. Cetakan T-shirt warna kuning, sudah ratusan ribu, para pemimpin kanan DAP diketuai Lim Kit Siang turut sama bagi menjayakan himpunan tersebut yang membawa tema SELAMATKAN MALAYSIA daripada cengkaman DS Najib Razak.
4. Jika tiga himpunan lalu, para penyokong Pas mendominasi himpunan tersebut, namun kali ini, parti pimpinan Dato Seri Hadi Awang tersebut tidak menyokong, namun serpihan Pas yang diketuai Mat Sabu akan berganding bahu dengan sekutunya DAP dan PKR.
5. Apa yang belum dipastikan apa kah ada daripada pihak BN yang akan turut sama, kerana terpancing dengan tema yang diambil, iaitu desakan kepada DS Najib Razak meletakkan jawatan.
6. Media antarabangsa telah berkumpul di ibu negara, malah Amerika dan Jerman sudah mengsahkan akan hadir memantau himpunan tersebut. Malah bekas duta Amerika di Malaysia John Mallot yang memang anti Malaysia, menayatakan selepas himpunan tersebut DS Najib Razak sudah game over,
7. Sekatan agensi kerajaan terhadap sensawang menyebarkan maklumat Bersih4.0 macam tidak berjaya, kerana telah melibatkan berbagai pihak khususnya para indvidu pemilik page samada facebook atau tweeter serta apparatus lain digunakan oleh para penyokong himpunan tersebut.
8. Dalam pekembangan lain NGO yang telah berlatih konon sebagai lawan kepada bersih telah membatalkan rancangan mereka, kerana dikatakan takut bertembung dengan kumpulan baju kuning, dan jika keadaan itu berlaku, maka huruhara akan berlaku.