Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRK KIMANIS-BELUM ADA KEPASTIAN

$
0
0
SEMENTARA berbagai pihak membuat kenyataan telah bersedia berdepan dengan PRK Kimanis, nampaknya PRK itu tidak terealisasi dalam masa terdekat. 

Memang, SPR mempunyai tempoh masa 60 hari selepas kekosongan, namun sehingga kini mahkamah belum memaklumkan keputusan kepada Speaker Dewan Rakyat. 

Apa kah kelambatan ini kerana mahkamah sedar bahawa Datuk Anifah Aman akan memohon semakkan berasaskan peraturan 137 Mahkamah Persekutuan. 

Semalam, Peguam bela Anifah yang baru-Tengku Fuad Ahmad dalam kenyataan media, bahawa beliau telah diarahkan oleh pelanggan beliau untuk memfailkan semakkan terhadap keputusan mahkamah Persekutuan pada 2 Desimber. 

Anifah mempunyai asas untuk menyemak semula keputusan mahkamah, kerana beliau menjadi mangsa kepada kecuaian SPR sendiri yang menyebabkan beliau kehilangan status sebagai MP kerana pihak mahkamah mendapati sebagai akibat kecuaian SPR maka keputusan PRU14 bagi Parlimen P176 Kimanis terpaksa diistiharkan batal. 

Selain itu, asas kepada permohonan semakkan tersebut, kerana adanya anggapan berlaku penghakiman “bias” memandangkan tiga hakim daripada lima hakim, telah membuat keputusan sebelum ini membenarkan petisyen oleh Datuk Karim Bujang. 

Bukan kebiasan bagi mahkamah mengandungi hakim-hakim yang membuat keputusan sebelum itu sebagai sebahagian daripada panel hakim di peringkat mahkamah lebih tinggi, agar keputusan bukan sahaja adil akan tetapi keadilan diperlihatkan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808