1. Dalam sebuah kerajaan yang dibentuk berasaskan parti politik, selagi parti yang menyokong pemimpin itu masih teguh dan kukuh menyokong maka selagi itulah pemimpin itu akan berkuasa. Inilah yang berlaku kepada DS Najib Razak, parti Umno yang merupakan tunjang kerajaan tetap teguh di belakang beliau, apatah lagi 12 komponen Barisan Nasional juga terus menyokong beliau.
2. Hingga setakat ini walaupun bertali arus desakan daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad agar DS Najib meletak jawatan, melalui penggunaan berbagai isu antara lain 1MDB, wang RM2.6bilion, perkahwinan anak Perdana Menteri, dakwaan hidup mewah, namun tiada seorangpun pemimpin komponen parti UBN seia sekata atau menyokong mantan Peradana Menteri itu, malah pada awal bulan ini semua pemimpin utama komponen UBN menyokong dan berdiri teguh dibelakang Perdana Menteri.
3. Memang terdengar satu-dua pemimpin akar umbi di beberapa bahagian Umno terdengar menyahut desakan Tun Dr Mahathir, namun suara itu bukan mewakili suara majoriti parti, malah dalam beberapa keadaan ianya kejadian terpencil.
4. Di Sabah dan Sarawak misalnya, belum terdengar desakan atau cakap-cakap bahawa ada minat untuk mendesak DS Najib meletakan jawatan, meskipun Datuk Shafie Apdal dilucutkan daripada jawatan kabinet. Di Sarawak, kenyataan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mewakili negeri yang mempunyai jumlah kerusi parlimen terbanyak. Di Sabah, Ketua Menteri Sabah menyatakan bahwa semua lapisan kepimpian negeri baik daripada Umno atau parti komponen berdiri teguh di belakang Perdana Menteri.
5. Suara majoriti daripada semua parti yang bernaung dalam BN perlu dihargai berbanding suara-suara sumbang yang mahukan Perdana Menteri meletakkan jawatan.
6. Tiada individu yang boleh menetukan menang kalahnya sesebuah parti, melainkan suara majoriti. Bagi BN, suara majoriti itu dicermikan oleh sokongan semua lapisan kepimpinan dalam BN.
7. Kepada mereka yang mendesak DS Najib meletakkan jawatan, cubalah hormati suara ramai, kerana dalam sistem demokrasi, suara ramailah yang menentukan kemenangan dan selanjutnya memimpin negara melalui penubuhan kerajaan.