Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

JANGAN BUNUH PETANI

$
0
0
TAHU kah anda bahawa Pertubuhan Peladang Kebangsaan atau National Farmers Association (NAFAS) mempunyai keahlian hampir 1,000,000 yang tersebar di 279 buah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan 14 buah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN). Dan semua mereka itu hampir 100% bumiputera. 

Bekalan untuk keperluan ahli seperti baja, bibit dan sebagainya bernilai RM1.4bilion diberikan kepada NAFAS menerusi rundingan terus, atas sebab pertubuhan ini mempunyai pengalaman 22 tahun mengendalikan input-input pertanian. 

Memang kalau dilihat daripada segi jumlah, memang cukup besar, namun apabila dipuratakan hanya RM1,400 setiap petani. Kalau lah jumlah ini disalurkan secara langsung kepada petani untuk membeli input-input pertanian, ianya tidak menuckupi, akan tetapi apabila disalurkan menerusi NAFAS, pertumbuhan itu dapat menggunakannya sebagai modal pusingan, dan dapat menjual atau membekalkan input-input pertanian pada harga rendah yang terjangkau oleh petani. 

Suara-suara bising daripada MP Ayer Hitam- Datuk Wee Ka Siong dan MP Tanjong Karang-Tan Sri Noh Omar, hanya bermotifkan politik, dan jika dituruti akan membawa kepada pembunuhan petani. 

Sesiapa yang menganggap bahawa NAFAS dikuasai ahli politik PH, sebenarnya tidak tepat, kerana Lembaga Pengarah pertubuhan itu yang berjumlah 11 orang, masing-masing 6PH dan 5BN. 

Tetapi, jika benar lah semasa PRK Tg Piai, NAFAS digunakan untuk menempah bilik penginapan bagi jurukempen PH yang dikatakan mencapaikan lebih RM200ribu, di sini lah letaknya, salah guna kuasa dalam pertubuhan tersebut. Di sini lah timbulnya hujah politik, bahawa pemberian tender secara terus kepada pertubuhan itu mempunyai “kicksback” seumpama ini. Penginapan tiada kait mengaitkan dengan matlamat pertubuhan itu. 

Sepatutnya kalaupun Ka Siong dan Noh Omar mempolitikkan berkaitan tender RM1.4bilion, hendaklah merujuk kepada salahguna kuasa, bukannya mempersoalkan mengapa pertubuhan itu diberikan kontrak RM1.4bilion. Ka Siong dan Noh Omar, jangan bakar kelambu, semata-mata mahu membunuh nyamuk. 

MP Ayer Hitam dan Tanjong Karang itu, perlu meminta atau mendesak SPRM masuk campur dengan menyiasat apa kah betul wang pertubuhan itu digunakan untuk penginapan semasa PRK Tg Piai.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808