Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PAS SEMENTARA SABAH- BEZA TOLAK DAN KAJISEMULA

$
0
0
ADA portal atas talian Sabah yang pro-Parti Warisan menulis dengan Tajuk “PSS:Bersatu Sabah Tolak Pengumuman Muhiyiddin”. 

Kalau istilah “tolak” digunakan, ianya boleh diterima, kerana “keputusan itu” merupakan keputusan tergesa-gesa, malah tidak terkandungpun dalam syor RCI PATI Sabah. Tetapi, Ketua Bersatu Sabah, tidak menggunakan istilah TOLAK, tetapi KAJISEMULA. Dua perkataan ini, berbeza sekali maknanya. 

Sebenarnya, pengumuman Muhiyiddin hanya merupakan tindakan protokol kerana beliau merupakan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab berkaitan jabatan-jabatan yang berkaitan dengan dokumen kerakyatan. 

Hakikat sebenarnya, pemberian dokumen PSS adalah keputusan Kerajaan Sabah, kerana pengaruh berbagai pihak penyokong Parti warisan, yang melihat dokumen baru tersebut terselit maksud tertentu. 

Pengalaman Sabah yang lalu, apabila kerajaan melaksanakan pemutihan PATI, apa yang berlaku, terwujudnya sindiket memproses Kad Pengenalan biru yang melibatkan oknum-oknum dalam Jabatan Pendaftaran Sabah untuk tujuan kewangan. Kerana tindakan sindekit tersebut beberapa orang yang terlibat menjadi jutawan segera, meskipun akhirnya ditahan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tetapi wang yang mereka perolehi, tidak disita, melainkan terus menjadi hak milik mereka. Selepas dibebaskan daripada ISA, mereka tetap kaya. 

Hajiji menjadikan pengalaman Sabah yang lalu, sebagai panduan untuk meminta mengkaji semula pemberian PSS, kerana tidak mustahil perbuatan yang lalu tidak berulang. 

Adalah lumrah, apabila sesuatu polisi membabitkan wang, ada sahaja jalan tidak betul untuk menghalalkan cara, janji, bayaran dibuat. Senario ini lah yang dikhuatirkan, kerana demi wang, demografi penduduk Sabah akan berubah dengan cepat. 

Bagi mereka yang berusia dalam lingungan 60 tahun sekarang ini, sudah tentu tahu betul, komposisi penduduk Sabah, namun sebagai impak kepada pemutihan, demografi Sabah sekarang berubah dengan drastik sekali, sehinggakan kadar pertambahan penduduk negeri, diluar batasan kemampuan kelahiran manusia. 

Adalah dikhuatirkan, jika PSS diteruskan, ianya menjadi pemangkin membazirnya PATI ke Sabah, seperti mana impak kepada keputusan memberikan mereka IMM13, Kad Burung-Burung (kerana masa itu jatah Sabah menggunakan burung) dan Banci Penduduk. 

Menghalalkan PATI dengan memberikan mereka dokumen untuk bebas bergerak, adalah stimulan yang amat hebat sebagai penggalak kedatangan mereka. Bagi maksud bisnes, semakin ramainya kedatangan, maka semakin besar lah peluang mendapatkan wang segera. 

Sebagai negeri yang berdaulat, mengapa begitu mudah mengiktraf PATI? Mengapa tidak ikut cara negara lain mengurus rakyat asing? Adalah tatacara antarabangsa, setiap rakyat sesebuah negara masuk ke negara lain, wajib menggunakan dokumen perjalanan yang sah, Pasport!!!, mengapa Sabah melonggarkan syarat itu, malah memberikan dokumen bagi mereka yang masuk secara HARAM?. 

Jika Portal atas talian pro Warisan itu menganggap hujah Datuk Hajiji Haji Noor yang juga ADUN Sulaman di sesi Sidang DUN Sabah, semalam sebagai menolak pengumuman Tan Sri Muhiyiddin Yassin, maka Hajiji berjaya menyuarakan aspirasi rakyat Sabah secara umum, sudah tentunya tidak mewakili penyokong Parti warisan dan UPKO. 

Menerusi hujjah Hajiji itu, akan menerangkan dengan sendirinya, bahawa Keputusan kerajaan negeri yang mempergunakan Menteri Dalam Negeri untuk menghalalkan keputusan, sebenarnya bukan keputusan yang mewakili suara rakyat Sabah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808